Monday, March 23, 2015
Tuding Jari Salah Pihak Lain Memang Taktik Politik Keji Pembangkang – Idris Haron
23 Mac 2015, Ayer Keroh : Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata,
sikap pembangkang yang suka menuding jari dan mencari ‘kambing hitam’
adalah sesuatu yang lazim kerana mereka tidak akan mengaku kesalahan
sendiri walaupun telah terbukti bersalah.
Jelasnya, pembangkang akan melakukan apa sahaja demi menutup
kesalahan mereka walaupun terpaksa memburukkan pihak lain dan sudah
pasti UMNO sering menjadi mangsa dek sikap keji pembangkang ini.
Contoh terbaru jelas beliau adalah kenyataan Setiausaha Agung UMNO,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan pendirian parti UMNO
berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan telah yang telah
dimanipulasikan.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah memutar belitkan kenyataan
Tengku Adnan dengan menyifatkan bahawa UMNO sengaja memainkan isu hudud
untuk memerangkap Pas.
Bukan itu sahaja, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy
Jamaluddin turut menjadi mangsa fitnah kononnya mengeluarkan kenyataan
tidak akan masuk Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan di negeri
tersebut.
“Sikap pembangkang ini bukan sesuatu yang baru. Bagi saya, UMNO perlu
lebih berhati-hati. Bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menuding
jari kepada parti untuk menutup kesalahan mereka itu, maka UMNO perlu
mengambil langkah menjelaskan kepada rakyat bahawa itu adalah tuduhan
melulu.
“Itu semua adalah sandiwara pembangkang yang mahu menutup kegagalan
mereka. Ahli UMNO juga perlu bekerjasama dalam satu rentak untuk beri
penjelasan kepada msyarakat bahawa UMNO telah terbukti dari ‘track
record’nya sebagai sebuah parti yang sentiasa membela nasib rakyat di
negara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Idris lagi, UMNO adalah sebuah parti yang telus dan berani
mengaku salah kerana itulah UMNO tidak pernah menuding jari kepada pihak
lain malah akan mengaku dan perbetulkan jika ada sebarang kesilapan
yang dilakukan.
“Begitu juga jika ada pemimpin UMNO yang didapati bersalah, sudah
pasti peringkat tertinggi parti akan mengambil tindakan dan sama sekali
tidak akan membela mereka yang bersalah.
“Ini jelas berbeza dengan sikap pembangkang yang akan tetap
mempertahankan pemimpin mereka yang sudah terang lagi bersuluh melakukan
kesalahan. Sebab itulah saya katakan bahawa menuding jari itu adalah
sikap lazim pembangkang dan ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan,”
ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment