Wednesday, March 11, 2015
Hakim & Syaitan: Apa Agaknya Gelaran Kalau Pengampunan Diraja Anwar Ditolak?
12 Mac 2015 : HAKIKATNYA anak
peliwat Anwar bukanlah wanita besi atau berani mati bila secara
bersungguh menyerang institusi kehakiman kerana menyabitkan ayahnya
dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari di parlimen semalam.
Sekalipun dia hanya membacakan kenyataan
yang sepatutnya dibacakan peliwat Anwar, tapi dengan membaca itu
sendiri pun menunjukkan dia turut bersekongkol sama menyerang insitusi
kehakiman.
Nasib baik ada Ahli Parlimen Penggerang mempertahankan institusi kehakiman dari terus dicemarkan Anwar, tahniah untuk beliau.
Sebetulnya anak peliwat Anwar adalah
bacul terbesar kerana menggunakan imuniti sebagai ahli parlimen untuk
membuat semua tuduhan dan dakwaan seperti itu ke atas institusi
kehakiman. Kalau berani sangat, ulang semula kenyataan itu di luar
parlimen dan tahulah dia macam mana.
Tak sebut lagi bagaimana parlimen yang
sepatutnya jadi tempat membincangkan hal rakyat, bertukar menjadi medan
mempertahankan individu – peliwat pulak tu.
Dengan apa yang berlaku semalam,
sepatutnya semua orang boleh faham kenapa peliwat Anwar gemar hantar
anak beranaknya masuk parlimen atau DUN, untuk tujuan-tujuan macam
inilah. Bukan untuk bantu rakyat tapi untuk bantu diri sendiri.
Apa pun, yang lebih membimbangkan kita
ialah, apakah agaknya bentuk serangan ke atas institusi diraja sekiranya
permohonan pengampunan diraja atas hukuman penjara 5 tahun yang
dikenakan ke atas peliwat Anwar, ditolak oleh DYMM Yang Dipertuan Agung?
Hakim-hakim yang bertugas dengan penuh
intergriti dan kredebilti pun dikaitkan dengan syaitan kerana
menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat, mungkinkah institusi beraja
juga akan menerima nasib yang sama?
Penulis yakin, perkara ini (serangan ke
atas institusi beraja) akan berlaku dengan menggunakan modus operandi
yang sama. Jika itu berlaku, imuniti sebagai ahli parlimen perlu
diketepikan dan Akta Hasutan masuk campur.
Malah penulis tak terperanjat kalau isu berkaitan peliwat Anwar ini dijadikan alasan yang lebih jahat maksudnya.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment