Friday, March 27, 2015

Bohong Kaitkan Majlis Raja-Raja… Inilah Contoh Tindakan Rosakkan Negara

26 Mac 2015, Kuala Lumpur : Laporan berita tidak bertanggungjawab menerusi sebuah laman web pro-pembangkang telah mencemarkan nama baik institusi Di Raja menerusi artikel bertajuk ‘Majlis Raja-Raja Tolak Pindaan Hudud’, jelas melanggar etika kewartawanan dan tidak berlandaskan fakta yang sebenar.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan tidak bermoral ini perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa seperti pihak Polis mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandangkan laporan bohong yang mengatakan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bagi membolehkan Pas Kelantan melaksanakan Hudud di negeri tersebut.

“Dalam soal hudud ini, janganlah kaitkan dengan pihak-pihak lain khususnya Majlis Raja-Raja Melayu, tindakan laman web ini seakan-akan mahu menyerang semua institusi termasuk pihak polis, tentera, SPRM, mahkamah pun diserang dan kini, Majlis Raja-Raja juga seperti mahu diserang pihak tidak bertanggungjawab ini.

10561615_10152941566894998_2758838821078354553_n

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan jika nak jaga keselamatan sebagaimana yang disarankan Lim Kit Siang baru-baru ini, perkara macam inilah (laporan media sosial yang tidak bertanggungjawab) yang haris kita jaga, yang menulis isu-isu sensitif, yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan kita. Jadi, Lim Kit Siang wajar nasihatkan laman web Malaysian Insider ini.

“Tak perlulah dia saran nak selematkan Malaysia, nak selamatkan apa lagi? Malaysia ini merupakan salah sebuah negara yang cukup selamat, dibandingkan dengan negara-negara lain dari segi jenayah, indek jenayah negara kita pun dah turun,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.

Tambahnya, beliau turut mencabar Lim Kit Siang untuk datang ke Parlimen untuk membahaskan Akta Anti Keganasan memandangkan dia sebagai Ahli Parlimen, jangan sekadar berani bercakap di luar sebaliknya berbahas dalam Parlimen.

“Inilah masalahnya pemimpin pakatan pembangkang ini. Di luar, mereka bercakap berapi-api, termasuk bercakap soal 1MDB, soal GST. Kat luar hebat, tapi semalam saya tunggu juga Rafizi, mana pergi Tony Pua, datang pun lambat ketika Menteri Kewangan menggulung hujah-hujah yang dibangkitkan.

“Kalau mereka betul-betul gentlemen, betul-betul berani, kita berbahas di Parlimen, bukannya nak berbahas di tepi jalan, buat kempen, ceramah tak habis-habis, menghasut rakyat. Kalau negara kita tak selamat pun, puncanya dari pihak pembangkang, yang tidak mahu mengikut peraturan, yang sentiasa menghasut rakyat”, katanya.

Justeru tegas beliau tidak perlulah kempen selamatkan Malaysia kerana kerajaan di bawah Datuk Seri najib sentiasa melihat bagaimana cara yang paling terbaik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman, makmur dan hidup harmonis antara kaum dan agama yang berbeza.

“Jadi, saya minta tindakan harus diambil kepada mana-mana pihak yang boleh cuba mencetuskan keadaan yang boleh mengelirukan rakyat,” tambahnya. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment