Friday, March 27, 2015
Harga Barang Naik Sebelum GST ‘Taktik’ Jahat Untuk Salahkan Kerajaan?
27 Mac 2015 : Orang ramai tertanya-tanya, kenapa kedai runcit,
pasaraya, pasar-pasar dan banyak lagi premis perniagaan sudah pun
naikkan harga barang sebelum cukai GST yang mengantikan SST dimulakan 1
April ini. Apa hak mereka untuk naikkan harga?
Masakan harga barang dah naik, kerana cukai GST belum pun bermula. Kenapa boleh jadi begini?
Bagaikan ada kesepakatan, apabila peniaga sekarang sudahpun menyimpan
stok, menyorok barangan mereka dalam stor hingga ada premis (bukan
semua) seolah-olah kosong tanpa barang jualan. Bila ditanya kenapa
kosong, dijawab pula, barang habis, stok baru semua kena GST, jadi
mereka perlu tunggu GST, kemudian barulah peniaga akan keluarkan balik
barang untuk dijual dan ditambah dengan GST.
Bukankah itu satu taktik penipuan?
Bila semua peniaga naikkan harga, rakyat akan tertekan, siapa yang
akan dipersalahkan?
Tentunya Kerajaan akan dipersalahkan, peniaga
melepaskan diri dengan alasan harga barang naik sebab GST. Untuk kita
yang faham tentang GST, mungkin boleh membantah, tetapi bagi makcik,
nenek dan tok wan di kampung yang tak memahami GST, sudah tentu
dihamburkan sumpah seranah pada Kerajaan yang memerintah.
Dalam bidang pembinaan pun sama, sekarang ni ada kontraktor kecil
terpaksa tangguhkan kerja kerana tiada lagi barang dari syarikat
pembekal. Alasannya kena tunggu lepas GST, dah tentu ini menyusahkan
kerja mereka didalam pembinaan. Kemungkinan besar kerja banyak
tertangguh dan ianya menimbulkan kemarahan kontraktor dan orang ramai.
Inilah yang berlaku diluar sana. Rakyat dikejutkan dengan harga
barang yang meningkat.
Didalam penerangan GST, tak semua barang
dikenakan GST, barang keperluan seperti beras, gula, susu dan lain-lain
tidak dikenakan GST, namun sebelum GST lagi peniaga sudah menaikkan
harganya hingga RM 4atau RM5 keatas.
Begitu juga dengan susu tepung bayi, dikenakan 0% GST. Tetapi melalui
tinjauan umum, kebanyakan pembekal susu tepung bayi masih mengekalkan
harga yang sama, akan tetapi, beratnya berkurangan. Malah ada yang
kurangkan hingga 500g. Bukankah itu sangat melampau?
Kenapa mereka para peniaga, pembekal, pengilang atau pemborong,
berani naikkan harga (barangan) sesukahati tanpa alasan yang kukuh?
Apakah ada tangan ghaib yang mengarahkan mereka bertindak sedemikian?
Mungkin ada kebenarannya, kerana kita tahu, ada pihak yang tak suka
dengan GST, jadi mereka boleh berpakat untuk bertindak sedemikian supaya
rakyat marah kepada kerajaan.
Ada juga peniaga yang terpengaruh dan takut dengan khabar aingin dan
fitnah yang berlegar-legar sekarang ni. Mereka (peniaga) takut rugi dan
sebab itu mereka mengambil tindakan dengan menaikkan harga dulu sebelum
GST. Bila harga dah naik, yang jadi mangsa ialah kita para pengguna.
Dimana pihak bertanggung jawab?
Semua perkara ini takkan terjadi jika ada pemantauan dari kementerian
yang berkaitan. Sepatutnya situasi ‘barang naik’ seperti sekarang,
bukanlah situasi diluar jangka. Kita sudah maklum tentu ada pihak yang
akan cuba buat menganggu dan burukkan nama kerajaan dengan GST ni.
Tetapi bila kementerian yang diharapkan pun boleh terleka atau tidak
terjangka dengan situasi sekarang, ia merupakan satu bonus pada mereka,
kerana penguatkuasa yang patut menjaga keadaan dan memastikan segalanya
stabil masih belum muncul, sedangkan diluar sana, mereka yang mengambil
kesempatan menaikkan harga sedang bermaharajalela.
Di pihak penguatkuasa mereka baru nak bermesyuarat!!
Sampai bila kementerian yang dipertanggungjawabkan itu nak diketuk
baru berjalan?
Takkan perkara sebegini pun perlu arahan dari Perdana
Menteri?
Apa nak buat, nasib badan.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment