Sunday, March 22, 2015
Catatan Hantu Raya Di Hujung Minggu Buat Rafizi Ramli: Sebuah Negara Fatamorgana
22 Mac 2015
Perkara yang dimahukan oleh Zombi dan Rafizi di Malaysia.
1. Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST
2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong
adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang
paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan
bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot
daripada 0.441 pada tahun 2009)
3. Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan
bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg
mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.
4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela –
tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62%
setahun
5. Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg
mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang
Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2
tahun yg lalu.
6. Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi
Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga
sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di
Malaysia hanya RM41k sahaja
7. Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi
8. Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara
demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg
tinggi berbanding Malaysia
9. Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun
Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami
nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0
10. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini
sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar
mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment