Friday, March 27, 2015
Hudud: Masalah Sendiri Tak Selesai, Orang Luar Nak Dicuit
27 Mac 2015 : HUDUD dan segala polemik yang boleh dikaitkan
dengannya adalah 100% masalah PAS dan Pakatan. UMNO/BN kalau dikaitkan
sekalipun hanya sebagai alasan nak menutup kegagalan nak melaksanakan
saja.
Ini prinsipnya.
Jadi, bila parti haru biru macam PKR cuba babitkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu hudud ini, ramai orang tergelak.
Tiba-tiba pandangan Najib jadi begitu penting pada PKR.
Dengan apa cara pandangan Perdana Menteri penting bila yang terkesan
hebat dengan perbalahan hudud ni adalah parti-parti Pakatan? Bincang
entah berapa kali bincang, mesyuarat entah berapa kali mesyuarat,
keadaannya tetap macam tu, takdak keputusan.
Ada keputusan sekalipun, serupa macam takde keputusan, akan datang
berubah-ubah sebab masing-masing taknak mengalah. Jangan kata DAP dan
PKR, PAS sendiri pun tak tetap pendirian pasal hudud, kejap sebahagian
negara Islam, kejap hanya jenama (2011).
Itu yang gebang nak laksana tu.
Patutnya orang macam Rafizi patut umum apa pendirian Anwar, itu yang
penyokongnya nak tahu, bukan Najib. Najib tak ada kaitan sama sekali
dengam Pakatan.
Nampak sangat ini semua helah nak menutup perbalahan sesama sendiri dalam Pakatan.
BN/UMNO akan ada pandangannya sendiri nanti, cuma apa pun pandangan
itu ia tidak berkaitan dengan Pakatan sama sekali tapi adalah untuk
kepentingan politik BN/UMNO saja, Pakatan apa kena mengena?
Ya, hudud yang sedang diperbincangkan sekarang ini adalah persoalan
politik, bukan persoalan agama sama sekali. Ada siapa nak bantah?
Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment