Tuesday, March 31, 2015
Kritikan Terhadap 1MDB Hanya Bermotifkan Politik Semata-mata
30 Mac 2015, Kota Kinabalu : Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Keruak berkata bahawa serangan ke atas
syarikat 1MDB merupakan satu kritikan yang bermotifkan politik
semata-mata dan bukan berdasarkan fakta sebenar.
Menurut beliau pembangkang hari ini menyerang kerajaan melalui
pelbagai teori dan spekulasi yang dilontarkan terhadap rakyat umum di
mana ianya bertujuan agar isu ini menjadikan debat politik dan bukan
lagi untuk mencari kebenaran.
“Pihak pembangkang kelihatan tidak sabar menunggu Jabatan Audit
Negara menyiapkan kerja dan ia sesuatu yang tidak adil. Jika pembangkang
mempunyai maklumat atau dokumen, mereka wajar mengemukakan kepada pihak
berkuasa bagi membantu siasatan. Bukan bermain politik dan mencari
publisiti murahan, dan mempengaruhi pemikiran masyarakat.
“Kita tidak boleh memberi pandangan hanya berdasarkan kepada Sarawak
Report dan individu-individu berkepentingan. Ini kerana laporan itu kita
tidak ketahui apakah motifnya.
“Apa juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan yang berdasarkan
fakta, mereka tidak akan terima.
Sebaliknya akan mencari isu lain,”
tegas beliau sepertimana yang tersiar di dalam blog rasminya
sskeruak.blogspot.com.
Jelas beliau lagi, matlamat 1MDB cukup jelas dan perniagaan yang
diceburinya bertujuan utk memanfaatkan kerajaan serta rakyat. Justeru
itu kata beliau lagi, pembangkang sepatutnya menunggu laporan penuh AG
dan janganlah perkara ini dijadikan polemik antara kerajaan dan
pembangkang.
“Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyatakan
dengan jelas pendirian kerajaan mengenai isu berkenaan. Tidak ada yang
akan disembunyikan. Jika ada sebarang salah laku, undang-undang akan
dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian. tidakkah boleh kita tunggu
dahulu hasil laporan berkenaan dan jangan mempolitikkannya?
“Perdana Menteri pada awal bulan ini mengarahkan AG untuk mengaudit
akaun-akaun 1MDB. Laporan audit itu kemudian akan diserahkan untuk
diperiksa secara telus oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),”
ujarnya.
Apatah lagi kata beliau, sesuatu yang amat mendukacitakan apabila
pihak yang berniat menjatuhkan Najib akan menolak apa-apa laporan kalau
tidak mengikut selera mereka. Lebih menyedihkan apabila Perdana Menteri
terus menjadi sasaran kritikan, termasuk sesetengahnya bersifat
peribadi, ujarnya.
“Bagi saya, setiap pemimpin mempunyai cara tersendiri mentadbir dan
memimpin. Begitu juga Najib dalam membangunkan negara. Beliau seharusnya
diberi peluang untuk melaksanakan dasar dan pendekatannya.
“ Sebagai pemimpin yang berilmu dan berpengalaman luas, Najib pasti
tahu apa yang terbaik untuk dilakukan. Beliau mahu membangunkan Malaysia
dalam konteks menyeluruh dan 1MDB adalah satu daripada pendekatannya
memastikan pembangunan negara berterusan.
“Keadaan dan iklim politik serta ekonomi negara ketika Najib menjadi
Perdana Menteri tidak sama dengan suasana semasa beberapa Perdana
Menteri terdahulu. Cabaran kini agak lebih hebat berbanding dahulu,”
jelas beliau.
Apa yang pasti hari ini, Pakatan Rakyat kini sudah sampai ke tahap
akhir hayat kerjasama antara mereka. Rakyat kata beliau, harus
diyakinkan bahawa hanya BN di bawah pentadbiran Najib saja mampu
mengemudi negara melintasi 2020.
“Justeru dalam konteks 1MDB, biarlah hasil siasatan menentukannya.
Segala-galanya pasti terjawab apabila Ketua Audit Negara menyiapkan
laporannya,”ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment