Friday, March 27, 2015
Tidak Mahu Hadi Tapi Sayang Pas…. Lawak Terbaik Dap Setakat Ini
27 Mac 2015, Kuala Lumpur : Keputusan Dap memutuskan hubungan dengan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan setakat kenyataan pelik
malah ianya juga dilihat satu perkara melucukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, YB Mahadzir Abdul Hamid
berkata ini kerana parti berkenaan mengambil sikap berlainan pula dengan
parti Pas dan hanya sekadar putus hubungan dengan Presiden.
Menurut beliau bukankah Presiden parti baik parti Pas atau mana-mana
parti sekali pun ianya mewakili keseluruhan parti dan bukannya sekadar
mewakili diri beliau sendiri dan itulah yang sepatutnya Dap faham.
“Rasanya ‘lawak terbaiklah’ setakat ini yang saya nampak dengan
perkara itu. Saya pun terfikir apakah Dap tidak faham atau pun mempunyai
maksud tersirat yang hanya mereka sendiri sahaja tahu.
“Putus hubungan dengan Presiden tetapi tidak pula dengan parti…
memang lawak. Nampak sangat Dap memang perlukan Pas tetapi simboliknya
mereka tidak lagi perlukan Hadi,” katanya kepada UMNo-Online, di sini,
hari ini.
Sebelum ini dilaporkan Dap mengumumkan bahawa parti itu kini
memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi
dapat dapat bekerjasama dengan presiden Pas yang disifatkan “tidak
jujur”.
Setiauasaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat Dap.
Mengulas lebih lanjut Mahadzir yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah
seterusnya menambah pada dasarnya Dap saling memerlukan antara satu
sama lain dengan sekutunya itu.
“Nampak sangat demi kepentingan politik, Dap tidak ada keberanian
untuk memutuskan terus hubungan dengan Pas sebaliknya sekadar dengan
Presiden parti sahaja. Saya kira perkara iin tdiak pernah berlaku dalam
mana-mana gabungan parti.
“Putus hubungan dengan Presiden… tetapi masih berminat dengan parti.
Bukan ke pelik dan lucu…nasib baiklah ada dua tiga kerat pimpinan Pas
yang masih lagi berani mempertahankan Presiden mereka.
“Sepatutnya dalam senario sedemikian, pimpinan Pas perlu bersatu
mempertahankan Presiden mereka dan Hadi tidak perlu melatah dan perlu
menjawab segala kritikan daripada rakan sekutunya itu. Cukup sekadar
panglima-panglima beliau yang sebelum ini cukup lantang apabila berdepan
dengan pihak lawan,“ katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment