Thursday, March 12, 2015
Perjanjian Air… Kerajaan PKR Selangor Tidak Sepatutnya Main Politik Setengah Masak
12 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai
Panjang, YB Budiman Mohd Zohdi mengingatkan Menteri Besar Selangor,
Azmin Ali agar bertindak secara rasional berhubung perjanjian
penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air di Selangor.
Menurut beliau Azmin tidak seharusnya bermain politik berdasarkan isu
sebaliknya menyelesaikan masalah rakyat kerana isu air amat penting
untuk ditangani sebaik mungkin.
“Sebagai ketua kerajaan negeri, bertindaklah sebagai pemimpin politik
matang. Jangan hari ini kata lain dan esok pula kata lain…sekali
ok…sekali tak ok… Berterus-teranglah demi rakyat Selangor dan kita amat
berharap ianya tidak menjadi bahan politik dalam apa jua situasi mahu
pun apa jua cara.
“Dahulukan kepentingan rakyat dan bukannya melihat kepada kepentingan
politik-politik yang lain. Sebagai sebuah kerajaan negeri, keseluruhan
permasalah perlu diambil kira dan diselesaikan sebaik mungkin dan
bukannya jadikan bahan politik. Kita harap jangan begitulah,” katanya
kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengesahkan
pihaknya terbuka untuk perbincangan berhubung pajakan tanah yang
terlibat dalam penstrukturan air Selangor.
Azmin pada sidang medianya sebelum ini berkata, Selangor menolak
perjanjian penstrukturan air kerana Putrajaya menambah terma baru dalam
perjanjian yang melibatkan pemilikan tanah.
Budiman seterusnya menambah dalam keadaan rezab air di empangan yang
tidak menentu, sewajarnyalah perkara itu menjadi keutamaan yang perlu
diutamakan untuk diselesaikan sebaik mungkin.
“Satu lagi persoalan timbul apakah Azmin sebelum ini tidak
dimaklumkan oleh Menteri Besar sebelum ini sebelum menandatangani
perjanjian berkenaan. Ini yang bermain di fikiran saya.
Sebetulnya
sebagai pimpinan kerajaan negeri, Azmin tahu dalam soal tersebut.
“Apa pun yang dah berlaku kita tolak ke tepi. yang penting hari ini
adalah bagaimana perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan
air di Selangor dapat diteruskan dan diselesaikan oleh Azmin untuk
manfaat rakyat,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment