Friday, March 27, 2015

Mahfuz “Naik Hantu” Tak Bertempat, Patut Tunjuk Garang Pertahan Presiden – Bekas Aktivis Pas

27 Mac 2015, Kuala Lumpur : Alangkah manisnya jika kegarangan  Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar  di Parlimen semalam turut ditunjukkan kepada mereka yang telah memperlekeh  Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bukankah Presiden Pas telah dilontar dengan pelbagai dakwaan…bukankah Datuk Seri Abdul Hadi ditohmah dengan macam-macam sehari dua ini…Tidak pula saya nampak segarang itu dan segarangnya beliau di Parlimen semalam.

Begitulah luahan dan keluhan bekas aktivis Pas, Ustaz Mohd Riza Kamarudin terhadap gelagat Mahfuz di Parlimen semalam yang disifatkannya sebagai ‘cukup garang’.

mahfuz-omar-raja-lawak-pas

“Namun sepertimana yang saya katakan tadi Mahfuz selaku Ketua Penerangan dan dianggap sebagai panglima parti tidak pula garang sedemikian rupa apabila Presiden Pas di serang oleh rakan sekutu.

“Cukup menyedihkan…Hanya sekadar kenyataan dan tidak pula segarang itu dan kalau Mahfuz benar-benar wala’, saya nak tengoklah juga realiti yang sama berlaku. Tetapi rasa-rasanya tidak akan berlaku,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Semalam dilaporkan kekecohan tercetus di Parlimen apabila Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendesak Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendiriannya dan kerajaan berhubung private bill berkaitan hudud yang akan dibentang Pas.

Jamil Khir ketika itu sedang menggulung titah di Raja bagi Jabatan Perdana Menteri apabila Mahfuz mencelah dan bertanyakan mengenai kelewatan kerajaan membentangkan  Akta 355, Enakmen Jenayah Syariah (EJS) yang didakwanya sudah siap pindaannya.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan Pas seperti “naik hantu” terus membuat kecoh dengan penjelasan Jamil Khir bahawa perkara itu tidak dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja yang bersidang baru-baru ini.

Kedegilan beliau mencetuskan rasa tidak puashati ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said yang berkali-kali mengarahkan Mahfuz duduk.

Pertikaman lidah itu berakhir apabila timbalan speakar mengarahkan Mahfuz diusir keluar Dewan selepas menimbulkan kekecohan hampir 20 minit.

Menurut Ismail , beliau  menggunakan peraturan mesyuarat mengarahkan Mahfuz keluar Dewan dengan dua alasan utama iaitu tidak mengedahkan teguran dan nasihat dan melawan arahan timbalan speaker. Sebab kedua apabila Mahfuz menggunakan perkataan menteri bacul.

Ustaz Riza seterusnya menambah apakah yang ditunjukkan oleh Mahfuz di Parlimen itu juga merupakan adab-adab dalam bertanya dengan betul.

“Itukah akhlak yang diajar oleh Islam dalam soal berbahas…Walaupun beliau ada asas dan sebagainyasekali pun tetapi sudah pasti ada adabnya. Bukannya bertindak sedemikian rupa,” katanya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment