Wednesday, March 25, 2015
Azmin Bermain Politik Kotor Berkaitan Isu Perjanjian Air Di Selangor
25 Mac 2015, Kuala Lumpur : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,
Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin
Ali megumumkan akan meneruskan semula perbincangan berkaitan
penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan selepas
membatalkannya sebelum ini adalah satu sandiwara politik murahan.
Jelasnya, Azmin sebenarnya mempunyai niat terselindung di sebalik isu air ini.
Pembatalan sebelum ini tambah beliau berkemungkinan adalah untuk
menutup dan ‘mencuci’ segala kerja-kerja menteri besar sebelum ini.
“Sebenarnya dia nak cuci semua kerja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Lepas tu dia buat balik… jadi boleh la dia dakwa bahawa ini semua adalah
hasil kerja dia. Tapi sebenarnya adalah kerja menteri besar yang dulu.
“Ini semua satu taktik kotor politik… dia teruskan semula bukan sebab
rakyat desak tapi untuk kepentingan sendiri,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Jelas beliau, jika dilihat semula antara sebab mengapa Khalid dipecat
adalah kerana beliau gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan
Rakyat yang dipersetujui sendiri olehnya untuk melibatkan Jawatankuasa
Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.
“Selain itu adalah kerana tetap bertegas untuk meneruskan projek
Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji
semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan
manifesto pakatan pembangkang yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum
ke-13 yang lalu.
“Tetapi kerana mengetahui bahawa isu air adalah penting untuk rakyat
maka Azmin dilihat mengambil kesempatan terhadap perkara ini”, katanya.
Sudah pasti tambah Noh lagi apabila Azmin meneruskan semula
perjanjian yang telah diperbincangkan selama tujuh tahun ini maka
namanya lah yang akan disebut sebagai membela nasib rakyat.
“Itulah permainan politik Azmin yang jelas dapat dilihat. Bila dah
batal kemudian sambung balik hanya sebab nak kelirukan rakyat.
“Nanti bila berjaya dan terlaksana, dialah yang akan disebut-sebut
mendengar suara rakyat sedangkan ini semua adalah hasil usaha Khalid,”
jelasnya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment