Jelas beliau, pakatan pembangkang cuba mencari populariti lantaran terlihat penolakan oleh rakyat terhadap mereka maka sandiwara yang diambil ialah dengan cuba mencari muslihat terhadap ‘kocak dalam cawan’ yang berlaku dalam BN.
Monday, March 23, 2015
Bangkit Isu Rasis, Agama Untuk Lagakan Pemimpin BN, Usaha Sia-sia Pembangkang
20 Mac 2015, Kuala Lumpur : Pakatan pembangkang dilihat gemar
memperbesarkan sesuatu perkara dengan mengangkat hal-hal kecil sebagai
bahan politik dan menyembunyikan isu sebenar yang ada, kata Ketua
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan
Nordin.
Oleh kerana itu jelas beliau pakatan pembangkang sentiasa menghala
beban isu kaum dan agama kepada Barisan Nasional (BN) sedangkan sudah
terbukti sejak sekian lama parti-parti komponen BN walaupun berlainan
agama dan kaum sentiasa bersedia berbincang duduk semeja bagi menangani
apa jua isu yang boleh menggugar keharmonian serta perpaduan rakyat.
Tegas beliau lagi kerana keikhlasan, keteguhan dan kesatuan
parti-parti dalam BN, pakatan pembangkang tidak pernah putus mewujudkan
suasana kurang selesa dengan menimbulkan isu-isu perkauman dan agama
yang akhirnya menjadikan BN kononnya sebagai punca.
“Dalam hal ini pemimpin pembangkang khususnya Dap cuba memecah-belah
kesatuan dalam BN dengan menjadikan isu sensitif iaitu hal perkauman dan
agama sebagai isu utama. Tugas mereka cukup mudah umpama lempar batu
sembunyi tangan,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau, pakatan pembangkang cuba mencari populariti lantaran terlihat penolakan oleh rakyat terhadap mereka maka sandiwara yang diambil ialah dengan cuba mencari muslihat terhadap ‘kocak dalam cawan’ yang berlaku dalam BN.
“BN bukanlah sebagaimana pakatan pembangkang yang terdiri dari hanya
tiga parti tetapi tidak pernah mempunyai persefahaman sebaliknya BN
mencapai matlamat bersama untuk masyarakat keseluruhan tanpa mengira
agama dan bangsa.
“BN terbentuk dari permuafakatan untuk masa hadapan, ada organisasi
yang mantap, pentadbiran yang teratur dengan kepimpinan yang dihormati
oleh anggotanya malah lebih penting BN berdaftar dengan Akta Pertubuhan
(ROS) sedangkan pakatan pembangkang tidak sedemikian.”
Dalam hal ini, beliau yakin bahawa kepimpinan dalam 13 parti yang
bersekutu dalam BN memahami agenda sebenar pakatan pembangkang apabila
menimbulkan isu rasis lebih utama berbanding soal keselesaan dan
kesejahteraan rakyat.
“Pembangkang sememangnya telah terserlah mempunyai niat yang tidak
baik terhadap anggota BN malah bila-bila masa sahaja mereka mencari
peluang untuk cuba memporak-perandakan hubungan yang ada, melaga-lagakan
antara satu sama lain dengan harapan BN akan rapuh dan musnah.
“Dalam politik pembangkang lebih menjurus kepada agenda negatif
sebagaimana mereka mahukan namanya meniti di bibir rakyat tetapi enggan
berusaha membuat kebaikan sebaliknya hanya tahu menangguk di air keruh
dengan cuba mencipta kekuatan melalui isu remeh dan memburukkan orang
lain.”
Selaras dengan itu, beliau menyeru semua anggota dalam BN untuk
meneruskan semangat setiakawan dan memberi fokus sepenuhnya untuk
bekerja demi masa hadapan negara dan rakyat di dalamnya tanpa ambil
peduli dengan tingkah pembangkang.
“Pakatan pembangkang tidak mempunyai sifat setiakawan sedemikian
kerana antara Dap, Pas dan PKR saling curiga mencurigai maka cara mereka
untuk berpolitik adalah mengangkat isu sensitif agar ada pemimpin BN
yang melatah dan mereka mendapat kesempatan,” tegasnya lagi.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment