Sunday, March 29, 2015
Negara Tidak Selamat Kalau Ada Ramai Pemimpin Politik Macam Kit Siang – Mat Nadzari
30 Mac 2015, Kuala Lumpur : Cadangan “Selamatkan Malaysia” oleh Penasihat
Dap, Lim Kit Siang baru-baru ini sekadar helah politik untuk
memperolok-olokkan dan mempermain-mainkan rakyat semata-mata, ujar
Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahalan.
Beliau seterusnya percaya apa yang cuba diselamatkan Kit Siang ialah
Dap bukan negara Malaysia dan kalau negara tidak selamatpun kerana
gara-gara Dap dan rakan pakatan mereka yang sentiasa memanipulasi
isu-isu yang sensetif seperti isu agama, kaum dan raja.
“Rakyat
dah tahu, dah sedar benda ini. Sebab itu saya katakan bahawa cadangan
tersebut sekadar memperolok-olokkan dan mempermain rakyat sebenarnya.
“Bagi saya, kenyataan Penasihat Dap itu hanya helah politik. Itu satu
penipuan, cerita yang sengaja diada-adakan, dimomok-momokkan supaya
rakyat bangkit dan menerima mereka kembali,” tambahnya yang juga Ketua
UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Tegasnya negara ini akan terus selamat sekiranya pemimpin-pemimpin
politik terutama parti pembangkang tidak ghairah bermain politik sempit
seperti mana memanipulasi apa jua isu yang boleh mengundang rasa kurang
selesa di kalangan rakyat berbilang kaum.
“Hakikatnya limpahan nikmat keamanan, keharmonian negara ini bukan
sahaja dinikmati oleh rakyat negara kita, malah menjadi tumpuan oleh
rakyat negara lain sehingga ramai yang mahu terus berada di negara ini
untuk mencari rezeki.
“Itu tak makmur ke namanya, itu tak aman ke namanya? Apakah itu nak
diajak rakyat untuk mengatakan tidak aman? Itu tafsiran baru yang nak
diberikan oleh mereka untuk mengatakan negara kita tidak aman? Bagi
saya, mereka hanya nak mempermainkan rakyat sahaja,” tambahnya.
Disediakan oleh : Mohd Faizal Mohd Salleh (MediaUMNO)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment