Monday, March 23, 2015
‘Siapa Tikam Siapa’…. Lagu Popular Menghiasi Wajah Politik PAS, DAP dan PKR
23 Mac 2015, Kuala Lumpur : ‘Siapa Tikam Siapa’ dilihat menjadi lagu
popular di dalam pakatan pembangkang dan ianya bukanlah satu perkara
pelik dan juga bukanlah satu ungkapan baru kerana realitinya pakatan
pembangkang tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata
perkara itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana pokok pangkalnya
adalah disebabkan oleh ketiadaan dasar bersama di dalam pakatan
terbabit.
Justeru beliau yang sebelum ini antara mereka yang aktif bersama PKR
melihat tidak pelik satu persatu tuduhan dan dakwaaan muncul dan
menghiasi perjalanan politik parti-parti pembangkang hari ini.
“Budaya tikam belakang yang kini popular di antara sekutu pembangkang
bukanlah perkara baru pun. Langkah kajang sebelum ini bukankah
melukakan hati Pas setelah didakwa tidak diajak berunding dengan parti
tersebut. Begitu juga dengan isu Pilihan raya Kerajaan Tempatan (PBT)
yang menjadi duri dalam daging kepada mereka.
“Secara peribadi saya sudah jangkakan perkara ini. Asasnya adalah
kerana masing-masing dengan agenda tersendiri dan hanya sekadar
mempunyai matlamat yang sama iaitu menumbangkang Barisan Nasional (BN).
Sebab itu makin hari makin terbongkar rupa dan wajah satu persatu
gelagat parti masing-masing,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari
ini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menempelak tindakan
“keterlaluan” Dap yang mendakwa parti itu “khianat” dalam Pakatan
pembangkang kerana berkeras mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
“Macam dalam isu pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), kami
(Pas) tidak setuju, tapi Dap tetap kemukakan dalam sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu
bezanya,” katanya lagi.
Hadi mengulas dakwaan Dap bahawa Pas khianat dan sengaja memprovokasi
untuk memecahbelahkan Pakatan kerana terus berkeras mahu melaksanakan
hudud di sebalik bantahan parti sekutu dalam gabungan pembangkang itu.
Anuar seterusnya menegaskan dalam situasi hari ini, Pas seharusnya
mempunyai keberanian untuk menunjukkan bahawa mereka adalah parti yang
bermaruah dan mempunyai prinsip yang tersendiri.
“Inilah masanya Pas untuk mengajar sekutu mereka yang lain agar
belajar menghormati antara satu sama lain khususnya dalam soal agenda
parti. Bukankah kita lihat Dap cukup kuat berpegang kepada ideologi
mereka.
“Dan takkanlah Pas pula terus menerus diherdik oleh sekutu mereka.
Inilah masa yang terbaik untuk Pas menunjukkan mereka juga ada kekuatan
tersendiri,“ katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment