Saturday, March 14, 2015
1MDB tak pinjam RM2b duit Ananda Krishnan
14 Mac 2015 : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak
meminjam sebarang wang daripada Ananda Krishnan untuk menyelesaikan
hutangnya, kata Kementerian Kewangan.
Jawapan bertulis Parlimen dikeluarkan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) berhubung dakwaan pinjaman daripada Ananda itu.
Jawapan bertulis pada Rabu itu menyatakan bahawa laporan berkaitan tidak benar.
1MDB sebelum ini didakwa menerima RM2 bilion daripada Ananda untuk menyelesaikan hutang kepada CIMB dan Maybank.
Pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga sebelum ini menolak
dakwaan itu sebagai spekulasi dan khabar angin semata-mata.
Jawapan bertulis juga menyebut bahawa 1MDB mengeluarkan wang US$2.318
bilion dalam simpanan luar pesisir di kepulauan Cyamen dalam dua trance
– yang pertama digunakan untuk membayar semula hutang.
Dipetik daripada sumber : Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment