Monday, March 23, 2015
Karnival Sukan Pemuda Eratkan Hubungan Ahli Pastikan Anak Muda Sokong UMNO
21 Mac 2015, Ayer Keroh : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy
Jamaludin berkata, karnival sukan anjuran pergerakan itu adalah
bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli bagi memastikan anak muda
terus menyokong UMNO.
Kerana itulah jelasnya, syarat menyertai karnival tersebut adalah menjadi ahli UMNO.
Selain itu tambah beliau, program sebegini sudah pasti dapat menambah
bilangan ahli bagi merealisasikan sasaran mendaftarkan seramai 100 ribu
ahli Pemuda setahun.
“Sukan memang tidak dapat dipisahkan dengan golongan muda maka
melalui sukanlah ianya dapat memupuk semangat setia kawan, mengeratkan
silaturrahim dan menaikkan semangat semua ahli.
“Ini penting kerana kita mahu memastikan pilihan raya akan datang
anak muda sokongg UMNO.
Sebab itulah melalui sukan juga penambahan
bilangan ahli boleh dibuat. Bagi merealisasikan 100 ribu ahli Pemuda
dalam setahun bukanlah sesuatu yang mudah.
“Ianya satu tugas berat tapi saya yakin Pemuda mampu untuk
lakukannya,” ujar beliau dalam ucapan di pembukaan Karnival Sukan Pemuda
UMNO Malaysia malam tadi.
Seramai 1,300 orang atlet mewakili setiap negeri berkampung selama tiga hari di Melaka bagi menjayakan karnival ini.
Sebanyak enam acara dipertandingkan antaranya sepaktakraw, bola sepak sembilan sebelah, futsal dan bowling.
Di dalam majlis yang sama, Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka, Senator
Zali Mad Yasin telah menyerahkan 1,500 borang keahlian baru Pemuda
kepada Khairy.
Sementera itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron dalam
ucapan perasmiannya melahirkan rasa berbesar hati kerana Pergerakan
Pemuda memilih negeri Melaka sebagai tempat melangsungkan karnival sukan
ini.
Beliau berharap, penganjuran seperti ini dapat mengeratkan hubungan
kerjasama dan meningkatkan semangat berpasukan di kalangan ahli Pemuda
bagi memastikan agenda negara khususnya kerajaan dapat dicapai.
Tanpa kerjasama yang erat dan semangat bersatu-padu, sudah tentu
segala yang dirancang tidak akan berjaya dilaksanakan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment