Saturday, March 14, 2015

Dakwaan Kerajaan Suntik RM 3 Bilion Ke Dalam 1MDB Adalah Fitnah

14 Mac 2015 : Tuduhan bahawa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menerima suntikan dana sebanyak RM 3 bilion bagi menyelamatkan syarikat terbabit adalah tidak benar dan berunsur menjatuhkan kredebiliti syarikat terbabit.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menimbulkan pertanyaan sama dalam blog beliau semalam benarkah kerajaan memberi pinjaman RM 3 bilion kepada 1MDB. 

Namun, fakta sebenar telah pun dimumkan beberapa hari lalu oleh 1MDB bahawa kerajaan hanya memberi syarikat terbabit fasiliti hutang (credit fasility) sebanyak RM 950 juta bagi membantu menjayakan pelan perniagaan mereka.

Sebagai sebuah syarikat hak milik penuh Kementerian Kewangan, kerajaan bersetuju membantu menjayakan pelan strategi perniagaan 1MDB yang baharu ini.

Apakah fasiliti kredit? Fasiliti kredit atau kemudahan hutang dari kerajaan ini bermakna 1MDB boleh menggunakan wang kerajaan sehingga RM 950 juta dalam bentuk hutang. 

1MDB boleh menggunakan RM 5 juta mahu pun 500 juta melalui kemudahan hutang ini mengikut syarat yang ditentukan oleh kerajaan.

Menurut pengumuman beberapa hari lalu, 1MDB mendapat kemudahan hutang ini dengan kadar pinjaman komersial dan setiap pengeluaran yang dilakukan harus mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Pengeluaran ini juga harus untuk tujuan yang digariskan dalam pelan strategik perniagaan 1MDB yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Fasiliti hutang ini juga berbeza daripada pinjaman langsung. Dalam pinjaman biasa, syarikat akan mendapat RM 950 juta tersebut ke dalam akaun mereka. 

Namun dalam mekanismes fasiliti kredit, wang berada dalam akaun pemberi pinjaman dan hanya boleh digunakan oleh peminjam dengan kebenaran pemberi pinjaman, dalam konteks ini kerajaan.

Justeru tuduhan kerajaan menyuntik dana atau menyelamtkan 1MDB dengan pembiayaan sebanyak RM 3 bilion adalah tidak benar sama sekali. 

Malahan RM 950 juta bukan merupakan suntikan atau pelaburan kerajaan tetapi merupakan pinjaman kerajaan kepada 1MDB.

Pengumuman demi pengumuman dibuat oleh kerajaan dan 1MDB namun tidak ramai yang mahu meneliti. Mereka sebaliknya lebih suka mendengar pandangan orang lain.

Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment