Monday, March 23, 2015

Elemen Baru Dalam Parti Punca Kemelut Dalaman Pas – Annuar Musa

20 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melihat kemelut yang berlaku di dalam Pas hari ini bukanlah berlaku secara tiba-tiba sebaliknya melalui satu proses secara langsung atau tidak langsung.

Menurut beliau Pas hari ini telah diresapi elemen-elemen baru yang cuba membawa pembaharuan dengan matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan dan juga kuasa semata-mata.

“Apabila pembangkang dapat memerintah di beberapa negeri dan Pas pula memenangi beberapa kawasan tambahan dengan pertolongan rakan-rakan mereka, maka di situ lahirnya pemimpin yang berteraskan Pas yang asal dan juga golongan-golongan muda, intelektual dan aktivis yang tidak membawa falsafah politik ulama-ulama biasa dalam Pas.

“Lama kelamaan kumpulan itu membesar dan sebahagian mereka ini dari sudut politik yang berlainan. Bila mereka ini merasakan cukup besar di dalam Pas maka mereka menganggap kepimpinan itu harus datang daripada kumpulan yang seangkatan dan serupa dengan mereka.

“Maka berlakulah pertembungan dalaman Pas antara kumpulan yang masih berpegang kepada idealisme lama dengan kumpulan ‘pragmatisme’ dan sebagainya yang terbina secara mereka sedar,” katanya kepada UMNO-Online.

annuarmusa1_0
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menambah Pas hari ini juga berdepan dengan satu dilema yang cukup kuat.

“Terdapat kumpulan ulama di dalam parti itu yang tidak boleh menerima sebahagian pembawaan Dap dan PKR. Namun pengaruh Dap dan PKR meresap masuk di dalam Pas…kemungkinan secara tidak langsung dan ini dilema yang sedang dilalui oleh Pas. Saya sendiri tidak berani meramalkan kumpulan mana yang akan dominan dan itu akan dapat dilihat dalam muktamar mereka akan datang".

“Apa pun saya melihat sewaktu Pas masuk dalam kumpulan pakatan pembangkang, penyokong mereka beranggapan mereka boleh mendakwah PKR…boleh mendakwah Dap tetapi realiti sebaliknya. Tengok di Selangor dan Pulau Pinang. Realiti politik ini terpaksa mereka telan,“ ujarnya.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment