Wednesday, March 11, 2015

Tuduh Kerajaan Sabotaj Petisyen Pembebasan Anwar Hanya Untuk Tutup Malu

Image result for datuk seri fairuz khairudin


12 Mac 2015, Kuala Lumpur : Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin berkata, kenyataan kepimpinan pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mensabotaj petisyen menuntut pembebasan Anwar Ibrahim adalah tidak berasas sama sekali.

Kata beliau, dakwaan tersebut adalah semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat apabila petisyen tersebut telah tersebut dibuang daripada laman sesawang rumah putih kerana didapati telah melanggar terma dan dibuang daripada laman sesawang tersebut.

“Kenyataan kepimpinan pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mensabotaj petisyen tersebut merupakan satu dakwaan yang melulu dan tidak ada asasnya.

“Mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat dan menutup malu dengan menuduh kerajaan mensabotaj petisyen tersebut sedangkan ianya jelas,  petisyen itu dibuang adalah berpunca daripada kekalutan dan kesilapan pembangkang itu sendiri,”jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Semalam, petisyen kepada pentabiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bagi menuntut pembebasan Anwar Ibrahim telah dibuang daripada laman sesawang tersebut, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.

Ekoran itu, kepimpinan pembangkang mula mengeluarkan kenyataan yang menyerang kerajaan Malaysia dengan mendakwa ianya merupakan perbuatan sabotaj dari kerajaan bagi menjejaskan proses tersebut.

Selain itu kata Fairuz lagi, petisyen ini juga boleh dianggap sebagai satu lambang penderhakaan kepada kedaulatan undang-undang negara yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

“Petisyen ini secara jelas memperlihatkan tindakan pembangkang yang secara langsung mengundang campur tangan luar, di mana ianya bagi saya boleh dianggap sebagai satu perbuatan menderhaka kepada negara yang mempunyai kedaulatan undang-undang sebagai sebuah negara yang merdeka.

“Pihak pembangkang juga bagi saya telah menghina mahkamah apabila mereka cuba mempertikaikan keputusan mahkamah yang  menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar melalui satu perbicaraan yang adil dan Anwar juga telah diberi tempoh yang amat panjang untuk membela dirinya,” ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, pihak yang berwajib perlu menyiasat tindak tanduk pembangkang ini di mana secara jelas mereka mempertikaikan keputusan mahkamah serta cuba menarik campur tangan dari luar dengan menggunakan petisyen tersebut.

“Justeru itu, saya minta agar pihak yang berkuasa agar menyiasat tindak tanduk pembangkang ini dan sekiranya jelas ianya satu penderhakaan kepada negara serta satu perbuatan yang menghina mahkamah serta kedaulatan undang-undang di negara ini.

“Jika ianya benar dan terbukti,  maka tindakan segera perlu diambil kepada golongan ini sebagai satu pengajaran kepada yang lain agar menghormati kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka,” tegasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment