Tuesday, March 24, 2015
DAP Tolak Hadi Tapi Masih Berpakat Dengan PAS, Sandiwara Apakah Ini?
24 Mac 2015 : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam
kenyataan medianya hari ini telah mengumumkan keputusan muktamad parti
itu untuk tidak lagi bekerjasama dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
“DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS seperti Hadi
Awang yang bertindak dengan tidak jujur dan tidak bermaruah seperti ini.
“DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai
pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama
dengannya,” itu antara petikan kenyataan Guan Eng.
Keputusan itu adalah hasil dari ketetapan sebulat suara mesyuarat CEC
DAP malam tadi yang awalnya diberi bayangan oleh Ahli Parlimen DAP
Seremban, Anthony Loke sebagai berita positif dan menggembirakan.
Rupanya yang positif itu berkaitan dengan putus hubungan dengan Hadi
di masa yang sama DAP masih mengekalkan kedudukan bersama pakatan
pembangkang PR. Celah mana yang positifnya?
Umum tahu dalam PR, DAP lebih dominan dan apa sahaja keputusannya
kerap kali akan disusuli langkah sama oleh PKR. Pendek kata setiap
kehendak dan kemahuan DAP adalah suara rasmi PR.
Jadinya kesan dari pengumuman ini secara rasminya Hadi Awang bukan
lagi lagi sebahagian dari pemimpin PR tapi menariknya DAP tidak pula
memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS.
Masalah sekarang, meski pun DAP sudah menolak batang tubuh Hadi Awang
atau lebih tepat lagi menceraikannya dengan talak tiga, namun tiada
siapa dapat menafikan fakta bahawa Presiden PAS masih lagi adalah Hadi
Awang.
Presiden PAS engkau tolak ke tepi tapi dengan PAS engkau masih nak berdakap mesra, sandiwara apakah ini?
Adakah ini yang dimaksudkan dengan istilah ‘bersetuju untuk tidak
bersetuju’? Sedia kekal dalam PR bersama-sama PAS tapi tak kemaruk nak
bekerjasama dengan Presidennya. Ini situasi yang benar-benar luar tabie.
Mungkinkah ada muslihat di sebaliknya di mana DAP berhajat mendesak
geng Anwarinas PAS yang setia pada kepentingan PR untuk segera mencari
jalan menjatuhkan Hadi sebelum atau semasa Muktamar PAS 2015 nanti?
Nampak seperti DAP mahu mengitar semula peristiwa memalukan arwah
Datuk Asri Muda di awal tahun 1980-an bila mana kepimpinannya sebagai
Yang Di Pertua (Presiden) ditolak semasa muktamar PAS dulu.
Tak mustahil Hadi akan berdepan senario sama jika adu domba yang DAP
cuba bangkitkan ini disambut oleh ramai pemimpin dan ahli PAS yang
berkiblatkan PR.
Walau apa pun muslihat atau sandiwara opera Cina yang nak dipentaskan
oleh DAP, perkembangan ini sebetulnya menguji sejauh mana pemimpin PAS
yang lain sensitif dengan harga diri Presiden dan maruah parti mereka.
Patuh pada Hadi atau ikut kehendak DAP, mana satu pilihan mereka?
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment