Friday, March 27, 2015
Perkara Yang Memalukan Seluruh Negeri Kedah Hari Ini…
26 Mac 2015 : MasyaAllah!
Astaghfirullahil ‘azim. Mengucap panjang saya melihat telatah Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini yang
seolah “meracau” kerasukan mempamerkan sikap tidak bertamadun yang
sangat memalukan.
Rasa nak tampar ada, rasa nak baling
kasut pun ada. Rasa nak ketawa ada, rasa nak menyorok kepala bawah
bantal pun ada. Paling pasti, saya memang malu melihat perangai orang
Kedah yang bernama Mahfuz Omar itu.
Diberi peluang bercakap di dewan yang
mulia itu, dia seolah hilang kewarasan mendesak supaya Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjawab
pertanyaannya berkaitan bil pindaan enakmen hudud.
Setelah Jamil Khir menjawab bahawa bil
berkenaan sedang di dalam proses penelitian untuk dibawa ke Majlis
Raj-Raja, dia tidak berpuasa hati dan melontarkan satu lagi pertanyaan
baru sama ada Menteri Agama itu bersetuju dengan saman pemula yang
dikemukakan Gerakan terhadap kelulusan pindaan enakmen hudud oleh
Kerajaan Negeri Kelantan.
Terjerit-jerit, terlolong-lolong mahukan
jawapan, bagai kera kena belacan. Apa kena dengan Mahfuz? Hampir 20
minit buat perangai tidak bertamadun di dalam Dewan Rakyat. Tak malukah
dia pada rakyat yang melihat telatah buruknya itu?
Saya tahu, Mahfuz membawa isu agama ke
Dewan Negara. Saya akui isu berkenaan penting dan sedang hangat
diperkata di luar dewan, malah di seluruh negara. Tak kira Islam atau
tidak, orang ramai sedang bercakap mengenainya.
Namun untuk dibawa masuk dan diperbahas
di Dewan Rakyat, sudah tentulah ia mempunyai prosedur dan peraturan yang
perlu dipatuhi. Parlimen bukanlah seperti sidang bawah pokok “Kerajaan
Bawah Pokok” ciptaan Nizar di Perak dahulu, kan?
Sekiranya Gerakan memfailkan saman pemula
terhadap enakmen berkenaan ke mahkamah, apa hak menteri kabinet untuk
turut campur dalam urusan mahkamah. Mahfuz perlu tahu bahawa kerajaan
kita sememang dari dulu tidak campur tangan dalam kes mahkamah, bukan?
Jadi, biarlah mahkamah yang tentukan.
Kalau Mahfuz mahu lawan sekalipun, lawanlah di mahkamah. Lagipun,
Kerajaan Negeri Kelantan sendiri sudah menegaskan bahawa mereka tidak
takut dan bersedia untuk menjawab saman tersebut. Maka lawan sajalah!
Apa kena mengena dengan Jamil Khir setuju atau tidak?
Sebenarnya, saya selaku orang Kedah,
sangat malu dengan perlakuan Mahfuz berhubung insiden ini. Memang pada
saya, Mahfuz memalukan seluruh anak Kedah khususnya rakyat di Parlimen
Pokok Sena yang diwakilinya.
Islam merupakan sebuah agama yang
mementingkan akhlak, adab sopan dan menghormati peraturan. Malah
kelihatan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Ustaz Khairuddin relaks
bersahaja menjaga adab, tapi Mahfuz pula yang lebih-lebih. Macamlah dia
seorang saja yang Islam dan mahukan hudud…
Ketika Datuk Seri Ahmad Bashah baru
pertama kali berbahas di Parlimen selaku Timbalan Menteri, Mahfuz
selamba mempersenda beliau kononnya “orang baru” dan memperlekeh rakan
sekampungnya itu. Tapi kini dia pula buat perangai macam budak tadika
Pasti tak dapat belon?
Cuba lihat perangai Mahfuz di bawah dan cuba kira berapa kali Timbalan Speaker Dewan sebut “Yang Berhormat Pokok Sena”…
Tapi Mahfuz sendiri biarpun kononnya
“senior” dalam Parlimen, mengapa tidak patuh dan tidak tahu hormat pada
peraturan dewan? Disuruh duduk oleh Speaker pun Mahfuz enggan. Jadi apa
yang Mahfuz mahu? Penampar untuk meredakan sikap “meroyan”nya itu?
Mengapa selaku “senior” Mahfuz
menunjukkan perangai buruknya di depan ahli parlimen “junior”? Tidak
boleh tunjuk contoh yang baik, kah? Tidak boleh jaga adab dan akhlak
mahmudah, kah? Atau sengaja membiarkan diri dikuasai syaitan dalam
membawa usul agama? Hairan juga “syaitan” bawa usul agama, kan?
Sudah-sudahlah Mahfuz. Tak payahlah
menjadi “hero” jika di dalamnya “kosong”. Ramai lagi pemimpin PAS yang
tinggi ilmu agamanya berada di dalam dewan itu namun mereka hanya
terpaksa bersabar melihat telatah Mahfuz yang memalukan parti mereka.
Pada ahli-ahli parlimen PAS yang lain,
khususnya golongan ulama, tolonglah tarbiyahkan kembali Mahfuz itu.
Kalau perlu, bawa dia kembali ke mana-mana cawangan Pasti berdekatan
rumahnya. Mungkin dia sudah lupa pada tarbiyah Allahyarham Ustaz Fadzil
Noor setelah bersekongkol dengan Presiden PasMa…
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment