Mereka yang ditahan ini bukan kali pertama menjadi batu api dan penghasut pada rakyat, sudah banyak kali. Apakah tiada langsung perkara yang boleh dikaitkan atas perbuatan jahat mereka?
Sunday, March 29, 2015
PDRM Penat Tangkap Penghasut, Peguam Negara Boleh Buat Apa?
30 Mac 2015 : Minggu ini sudah beberapa orang pemimpin Pakatan
Rakyat ditahan oleh pihak polis. Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai
kesalahan, tapi jelas ianya berkaitan dengan hasutan jahat, menghasut untuk mencemar keamanan negara.
Pihak polis juga berjaya mendapatkan perintah tahanan reman terhadap
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan aktivis ‘songsang’ si Hishamuddin
Rais yang telah ditangkap semalam. Katanya kedua-dua mereka ditahan
reman selama tiga hari.
Episod penahanan pemimpin PR bermula, apabila dikatakan mereka sering
mengeluarkan ayat, atau perkataan yang menghasut rakyat membenci
kerajaan dengan fakta yang tidak betul dan boleh dipertikaikan. Tentu
ianya ada kaitan dengan penahanan Ketua Umum mereka atas kes meliwat
pembantu peribadinya.
Sejak dari peristiwa penahanan tersebut, mulalah konco-konco Anwar
membuat kacau diseluruh negara dengan berdemo kononnya atas nama
keadilan dan mahu Anwar dibebaskan. Tak cukup dengan perkara tersebut,
mereka juga pernah mengunakan nama KDYMM YDP Agong apabila dikatakan
baginda tidak bersetuju dengan keputusan Anwar dipenjarakan, berdasar
isu politik.
Sedangkan pada hakikatnya, Anwar dipenjara bukan atas dasar isu
politik, kerana sejak bila meliwat tu menjadi satu perbuatan politik?
Apakah dengan perbuatan meliwat pembantu peribadi secara paksa pun boleh
dikatakan kes politik?
Macam mana pula jika ada kes lelaki India merogol perempuan melayu,
apakah itu perbuatan boleh diklafikasikan sebagai RASIS? Sebab ia
melibatkan India rogol Melayu?
Sedangkan isu
utamanya ialah merogol, bukan warna kulitnya. Biar sesiapa pun yang melakukan perbuatan tersebut, hukumannya tetap sama.
Sebab itu kes Anwar tidak boleh dikategorikan sebagai kes politik.
Kini polis sudah pun bertindak dengan menangkap para penghasut yang
mengajak rakyat membuat kacau di jalanraya. Tapi tugas polis hanya mampu
menangkap dan mengumpul bukti. Untuk mendakwa mereka yang ditangkap,
ianya bergantung kepada Pejabat Peguam Negara.
Jadi penulis serta rakyat Malaysia, menaruh harapan yang tinggi pada
Jabatan Peguam Negara untuk membuka laporan dan mendakwa mereka yang
dikaitkan dengan penahanan pada kali ini.
Mereka yang ditahan ini bukan kali pertama menjadi batu api dan penghasut pada rakyat, sudah banyak kali. Apakah tiada langsung perkara yang boleh dikaitkan atas perbuatan jahat mereka?
Harapan rakyat Malaysia janganlah dihampakan lagi. Mohon Jabatan Peguam Negara tidak tidur buat kali ini..
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment