Saturday, March 14, 2015
Geng Anwarinas Tidak Ikut Saranan Haron Din
14 Mac 2015 : Saranan Mursyidul Am Pas baharu, Datuk Dr. Haron
Din, agar kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan
langsung tidak dihormati pemimpin Pas dari kumpulan pro-Anwarinas.
Sebaliknya, mereka menggesa lebih banyak kawasan yang akan
bermesyuarat selepas ini tampil mengikut jejak Pas Kota Bharu iaitu
dengan mencalonkan pemimpin untuk mencabar Abdul Hadi pada muktamar
parti itu nanti.
Gesaan itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah suara
Mursyidul Am Pas selaku ulama tertinggi dalam parti berkenaan sudah
‘tidak laku’ lagi kerana mereka lebih ghairah untuk menumbangkan Abdul
Hadi.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata,
tindakan Pas Kota Bharu menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai
calon Presiden perlu dihormati kerana dibuat berdasarkan keputusan
syura.
“Saya mengharapkan semangat dan prinsip ini diterima pakai oleh
semua kawasan bagi membuktikan Pas mengamalkan syura untuk pencalonan
dari kawasan-kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Haron dalam amanatnya selepas dilantik sebagai Mursyidul Am
Pas baharu menegaskan bahawa seluruh ahli perlu mematuhi arahan Majlis
Syura Ulama termasuk dalam soal mengekalkan Abdul Hadi sebagai Presiden.
Penegasan itu dibuat rentetan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam,
Khalid Abdul Samad, yang menjelaskan bahawa Presiden Pas tidak
semestinya daripada kalangan ulama.
Kenyataan Khalid itu kemudiannya dibalas Abdul Hadi bahawa beliau
sedia dicabar selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang
memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden
perlu dipilih melalui muktamar.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment