Thursday, March 12, 2015
Bukan Sekadar Melaga-lagakan, Tapi Mahu Singkirkan Pengaruh Ulama – Hassan Basri
12 Mac 2015, Kuala Lumpur : Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Ustaz
Hassan Basri yakin dan percaya sekarang ini bukan sahaja terdapat usaha
untuk melaga-lagakan kumpulan ulama di dalam Pas, bahkan ada usaha untuk
menenggelamkan pengaruh kepimpinan ulama di dalam parti tersebut.
Kata beliau lagi, perkara ini bukan baharu sahaja timbul sempena
pemilihan parti Pas yang akan datang ini, tetapi gerakan ini sudah wujud
sejak pemilihan parti sebelum ini lagi.
“Cuma pada ketika itu, belum ada momentum bagi mewujudkan satu entiti
di dalam parti itu sendiri. Sebagai contoh, pada pemilihan yang lalu
Pas Bukit Bintang mencalonkan Husam Musa bagi jawatan Presiden Pas.
“Kemudian kini, usaha Pas kawasan Kota Bharu yang mencalonkan Tuan
Ibrahim Tuan Man sebagai presiden, tetapi ianya telah ditolak oleh
Pesuruhjaya Pas Pahang itu,” jelasnya kepada UMNO-Online hari ini.
Menurut beliau lagi, Yang Dipertua Pas kawasan Kota Bharu Datuk Wan
Rahim Wan Abdullah telah melanggar baiah di mana keputusan mesyuarat
Perhubungan Pas Kelantan hanya menyatakan sokongan kepada Presiden
sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja.
“Tetapi Pas Kota Bharu telah mencalonkan Tuan Ibrahim, dengan harapan akan ada lain-lain kawasan yang mengikut.
“Tindakan beliau itu memperlihatkan wajah yang sebenar, orang yang
selama ini sembunyi di belakang, sudah terserlah menunjukkan diri
sebagai Pasma (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia),” ujarnya.
Gerakan Pasma yang didakwa didalangi oleh pemimpin DAP dalam usaha
untuk menjatuhkan golongan ulama, ekoran golongan ulama dilihat menjadi
penghalang pakatan pembangkang ke Putrajaya.
“Ini ditambah lagi dengan perbuatan mereka membelakangkan kerajaan
negeri Kelantan ketika memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri
tersebut.
“Saya pasti akan ada lagi usaha pencalonan bagi jawatan presiden
kerana beberapa pemimpin Pasma turut berada di kawasan lain di seluruh
negara.
“Saya ingin mengingatkan mereka tentang perancangan Allah adalah yang
sebaik-baiknya sepertimana dalam surah Ali-Imran ayat 54 yang
bermaksud, “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang
(membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu
daya),” tegas beliau.
Perlembagaan parti Pas menetapkan syarat hanya dua pencalonan sahaja diperlukan bagi jawatan di peringkat pusat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment