Sunday, March 29, 2015

Kepala Ikut Hadi, Ekor Ikut DAP

30 Mac 2015 : Penulis tertarik dengan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang dikeluarkan dalam akhbar Utusan berkenaan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Abdul Hadi Awang sebagai satu keputusan melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/lim-kit-siang-dan-hadi-awang.jpg

Datuk Dr Harun Din berkata tindakan pelik DAP itu adalah kearah perpecahan dimana jika DAP memutuskan kepala,maka ekornya juga akan putus ertinya semua mati.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat selepas mengambil kira pendirian MP Marang dalam meneruskan pelaksanaan hudud.

Namun apa yang penulis nampak sekarang adalah, ramai lagi dikalangan pemimpin kanan PAS termasuk dalam kelompok jawatankuasa Pas akan menyokong DAP untuk menentang isu hudud ini. Semuanya disebabkan terlalu banyak termakan budi DAP .

Menurut sumber, kebanyakan pemimpin PAS dimewahkan dengan wang. Sebab itu ada diantara pemimpin PAS sendiri tidak berpendirian sama dengan Presiden dalam isu Hudud.

Mereka lebih rela berdiam diri dan sangat berhati-hati untuk berbicara soal Hudud bila bersama rakan pakatan kerana takut dilabel sebagai pengkhianat seperti Abdul Hadi kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian ber­kenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan rakan pakatan.

Hadi Awang seperti keseorangan dalam isu Hudud di Parlimen tanpa bantuan rakan-rakan, baik dari PAS ataupun PKR. Beliau hanya bergantung nasib pada undian yang memerlukan majoriti 2/3.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment