Monday, March 23, 2015

Tambang Teksi: Dimana Kedudukan Pakatan, Menyokong Atau Menyonsong?


SPAD - TEKSI 2

23 Mac 2015 : DUA perkara ini sudah jadi pengetahuan umum iaitu pertama, majoriti pemandu teksi (terutama di Lembah Klang) adalah penyokong Pakatan dan kedua, Pakatan juga adalah anti kepada semua jenis kenaikan di negara ini – kecuali kenaikan harga air di Pulau Pinang, pelbagai jenis cukai di Selangor dan lain-lain.

Gabungkan dua itu sekaligus, pasti ramai yang tertanya-tanya dimana kedudukan Pakatan dalam soal kenaikan tambang teksi yang sedang hebat diperkatakan sekarang? Menyokong atau tidak?

Pasti bukan mudah nak nyatakan pendirian, sokong takut hilang undi (pemandu teksi), tak sokong pun takut hilang undi juga (pengguna teksi).

Maka sebab itulah agaknya sehingga sekarang kita masih tidak mendengar apa-apa pendirian rasmi Pakatan mengenai soal ini walaupun kita tahu dibelakang mereka sibuk menghasut pemandu teksi untuk menentang kerajaan kerana membatalkan kenaikan tambang, termasuk mengadakan mogok.

Ini menunjukkan Pakatan bukanlah pilihan yang baik untuk dijadikan kerajaan kerana dia fikir boleh puaskan hati semua orang dalam satu masa.

Bukanlah dalam isu ini sahaja tapi dalam hampir kebanyakkan isu lain juga.  Untungnya mereka bukan dalam kedudukan untuk buat keputusan sebab bukan kerajaan.  Kerja paling mudah dalam dunia ialah buat bising tanpa perlu buat apa yang lain.

Mungkinkah dalam isu ini juga Pakatan akan guna pakai konsep bersetuju untuk tidak bersetuju, macam dalam kes hudud?  Nampak gayanya begitu sebab dalam hal yang begitu besar seperti ini, agak pelik bila Pakatan tidak berkata apa-apa.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment