Tuesday, March 31, 2015

DAP punca Perang Saudara Dalam PAS Bakal Berulang?

30 Mac 2015 : Jika anda teliti sejarah parti Pas, pernah dahulu dikatakan perang saudara berlaku di dalam Pas, apabila ada gerakan Ulama yang menjatuhkan kumpulan idealis Pas akhir zaman 80-an jika penulis tak silap.

Allahyarham Nik Aziz ketika itu menjadi tulang belakang kepada gerakan menyingkirkan Dato Asri Muda yang dikatakan terlalu berlembut dengan UMNO. Gerakan itu tampak gagal pada permulaan namun akhirnya berjaya, sehinggakan pada awal 90-an Kelantan menjadi milik Pas sepenuhnya dengan memenangi kerusi DUN 45-0.

Kini, nasib yang sama, umpama bakal berlaku ke atas diri Haji Hadi Awang, Presiden Pas yang dinaikkan oleh Nik Aziz pada tahun 2002. Hadi Awang yang juga bekas Ketua ABIM Terengganu pada zaman Anwar Ibrahim jadi Ketua ABIM, kini sedang cuba ‘dibunuh’ imejnya (oleh musuh dalam selimut) dalam pelbagai situasi.

Tekanan demi tekanan diberikan kepada beliau dengan tujuan Hadi Awang sendiri akan meletak jawatan ataupun tidak bertanding bagi mempertahankan kerusi Presiden Pas yang disandang sekarang.

Setiap hari ada sahaja ‘panah’ yang cuba menembusi hati Presiden Pas, bukan sahaja daripada beberapa ‘hantu’ didalam Pas, malahan tekanan tersebut turut diberikan oleh Dap dan Pkr. Semua ini berlaku kerana Hadi Awang sudah lagi tidak senada dengan Dap-Pkr dalam beberapa perkara, termasuklah antaranya Hudud. Juga, sudah ada kedengaran desas-desus yang parti Pas ingin bergabung tenaga dengan UMNO, untuk memastikan Hudud yang dirancang, dapat dilaksanakan.

Persoalannya sekarang, siapa yang untung apabila Pas berperang sesama sendiri?

Jawapannya sudah tentu Dap dan Pkr.

Pertamanya, Dap boleh mengawal gerak-geri Pas termasuk mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur Islamik yang memihak kepada Dap sekiranya Mat Sabu dijadikan pengganti Hadi Awang.

Kedua, Pkr akan lebih untung kerana penyokong Pas (Anwarinas dan PasMa) akan beralih kepada Pkr memandangkan jiwa macai yang tegar pembangkang hanya boleh menyokong pembangkang sahaja.

Jadi siapa pula yang rugi dalam soal ini?

Tentulah, orang Melayu yang beragama Islam sebenarnya yang paling rugi. Benar kita MAJORITI namun kita hanya jadi MINORITI bila berpecah-belah.

Cuba kita lihat permainan Dap, mereka hanya mahu memutuskan hubungan dengan Hadi Awang sahaja. Sambil dengan bongkak berkata, mereka tidak mahu Hadi, tapi masih mahu bekerjasama dengan Pas. Mana mungkin kepala dipotong ekornya boleh diselamatkan? 

Malah Musyridul am Pas yang baru, Dr Haron Din juga menemplak Dap kerana menghina Presiden Pas sedemikian rupa.

Sebenarnya itu petanda besar Dap mahu ahli Pas yang pro pada mereka, supaya tidak lagi
mengangkat Hadi Awang sebagai Presiden Pas. Satu langkah campur tangan secara tidak sedar oleh Dap untuk menukar kepimpinan Pas. Apakah ahli Pas yang sayangkan kepimpinan Ulamak masih tak sedar akan permainan kotor Dap ini?

Kamu semua (ahli Pas) seperti suka Presiden kamu dihina sedemikian, atau kamu sambil masih lagi bermimpi indah kononnya Pas akan berkuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

Bangunlah wahai ahli Pas, Presiden kamu dihina takkan kamu nak tengok saja?

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment