Tuesday, March 24, 2015

Isu Perjanjian Air : MB Selangor Macam Tiada Pendirian

24 Mac 2015, Kuala Lumpur : Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang disifatkan mempermainkan perasaan rakyat berkaitan isu perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air antara Kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan.

Jelasnya yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, sikap Azmin ini jelas memperlihatkan beliau suka bermain politik berbanding kesejahteraan rakyat.

“Sekejap kata batal, sekejap nak bincang balik.. seolah-olah tiada pendirian. Beliau sering dilihat menjadikan rakyat sebagai mangsa tanpa memikirkan dahulu kaedah penyelesaian yang menyeluruh.

“Malah keikhlasan kerajaan pusat ingin membantu penyelesaian krisis air di Selangor diambil mudah serta ringan oleh kerajaan negeri Selangor,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Irmohizam, tindakan Azmin juga sebenarnya boleh mengakibatkan ekonomi negeri semakin merudum atas ketidaktentuan polisi dan dasar yang diperkenalkan. Ini akan meningkatkan pengangguran di negeri Selangor.

“Oleh itu saya menyeru agar kerajaan Selangor lebih konsisten dalam setiap tindakan yang dilakukan. Jangan memperalatkan rakyat dalam mencari populariti politik murahan,” katanya.  

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment