Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di sini hari ini.
Sunday, March 29, 2015
Jangan Terpengaruh Andaian Negatif Tentang CBP – Tengku Adnan
28 Mac 2015, Putrajaya : Masyarakat diingatkan tidak terpengaruh dengan
kenyataan negatif pihak tertentu berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (CBP) sehingga cukai baharu itu dilaksanakan Rabu depan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata tanggapan bahawa pelaksanaan CBP akan menyebabkan Barisan
Nasional (BN) bakal hilang tampuk pemerintahan juga merupakan mainan
‘halus’ yang sama sekali tidak mempengaruhi kerajaan dalam membuat
keputusan berhubung pelaksanaan cukai itu.
Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan CBP adalah bermatlamat
menyelaras cara atau kaedah kutipan cukai bagi membolehkan pendapatan
negara menjadi lebih kondusif.
“Banyak yang diperkatakan tentang CBP ini tetapi kita kena tahu
daripada 12 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.2 juta orang yang bayar
cukai…jadi kerajaan laksanakan CBP untuk selaras cara kutipan yang
kutipannya dikembalikan semula kepada rakyat.
“Pihak berkenaan, khususnya pakatan pembangkang sengaja mainkan isu
CBP ini hanya untuk memainkan perasaan rakyat dan di pihak kerajaan kami
sedia memperbetulkan apa yang kurang dalam pelaksanaannya tetapi
tunggulah sehingga ia dikuatkuasakan 1 April ini,” katanya semasa
menutup mesyuarat agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di sini hari ini.
Pelaksanaan CBP pada kadar enam peratus adalah bagi menggantikan
cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16
peratus.
Tengku Adnan berkata bagi memastikan rakyat tidak diambil kesempatan,
kerajaan telah dan akan mengambil pelbagai pendekatan bagi membela dan
melindungi pengguna.
Antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan untuk
memantau pelaksanaan dan aduan pengguna serta mengambil tindakan
sewajarnya seiring dengan penguatkuasaan CBP, katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya
berharap kerjasama erat antara PIBG dan pihak sekolah dapat terus
dipertingkat bagi memastikan kecemerlangan yang dicatatkan pelajar dan
sekolah dapat terus dikekalkan.
Pada majlis itu, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan Koperasi
Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) kepada PIBG sekolah itu kerana
muncul sebagai sekolah terbaik seluruh Putrajaya dua tahun
berturut-turut bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment