Monday, April 25, 2016
Berani Buat Berani Tanggung... Azmin Disiasat Kes Iklan Bebas Anwar
Kerana hendak tunjuk jaguh dan kuasa... Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Azmin Ali kini berdepan siasatan polis kerana melanggar Akta
Hasutan 1948 berhubung papan iklan bebas Anwar yang dinaikkan di
pelbagai lokasi di negeri itu.
Azmin telah dipanggil untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, Selasa, bagi membantu siasatan.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Azmin akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Bulan lalu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata,
beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa
tempatan di Selangor, kerana memberi kelulusan untuk papan iklan itu.
Jamal mendakwa papan iklan itu “mengelirukan”, kerana ia mengisytiharkan
Anwar Ibrahim sebagai “tahanan politik”, padahal bekas pemimpin
pembangkang itu sekadar “penjenayah”.
Agensi berita Bernama pada bulan lalu turut melaporkan, kerajaan negeri
akan menunggu surat rasmi daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar sebelum mengambil tindakan lanjut untuk menurunkan papan iklan
itu.
Azmin merujuk status Khalid di Twitter yang menggesa pihak berkuasa
tempatan di Selangor menurunkan papan iklan itu, kerana ia boleh
dianggap tindakan menghasut.
Menurut Azmin, mereka tidak boleh bertindak atas gesaan Khalid itu, kerana kenyataan itu dibuat di Twitter.
Buat masa ini, papan iklan #BebasAnwar ditempatkan di 20 lokasi di Selangor, termasuk Subang dan Rawang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment