Monday, April 18, 2016
DAP Cabar Sekat Bukan Rakyat Sarawak Mengundi... Bangangnya Mamat Ini Buat Kenyataan Seperti Ini
KUCHING : DAP menggesa Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk
mengotakan kata-katanya dan menuntut semula autonomi negeri dengan
terlebih dahulu tidak membenarkan anggota tentera dan polis dari
semenanjung mengundi dalam pilihan raya negeri.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata langkah berkenaan akan
menjadi yang pertama bagi mengembalikan autonomi Sarawak daripada
Kerajaan Persekutuan.
"Beliau (Adenan) banyak bercakap tentang untuk mengambil semula autonomi
negeri. Jadi saya menggesa beliau dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk
menyekat anggota tentera dan polis dari semenanjung serta keluarga
mereka daripada mengundi di Sarawak.
"Mereka tidak sepatutnya mengundi di sini. Di kawasan saya Kota Sentosa
sahaja, pengundi tentera telah meningkat seramai 400 kepada 3,300 orang.
"Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah rakyat Malaysia dari semenanjung," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Tambahnya, bagi kawasan seperti Stakan, terdapat lebih daripada 47 peratus pengundi semenanjung.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment