Monday, April 18, 2016
Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Bersama 520Kg Ganja Di Danok
SONGKHLA : Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 520 kilogram ganja
yang disembunyikan dalam perabot yang dimuatkan di dalam trak yang
dipandunya di pusat pemeriksaan Imigresen Danok, Sadao, Isnin.
Ketua Tentera Infantri Ke-5 Kolonel Paisan Nusang berkata lelaki itu
mendakwa dia dibayar upah RM1,000 untuk membawa dadah terbabit ke Kuala
Lumpur.
"Hasil pemeriksaan terhadap trak terbabit, pihak berkuasa menemui 520kg
dadah itu dalam 29 bungkusan dianggarkan bernilai 15.6 juta Baht
(RM150,000)," katanya kepada pemberita Isnin.
Menurutnya lelaki itu mendakwa dia diupah oleh pengedar dadah Malaysia
untuk mengambil dadah berkenaan dari Hatyai dan menyeludupnya masuk ke
Malaysia untuk dihantar ke Kuala Lumpur.
Lelaki itu akan dihadapkan ke Mahkamah Songkhla tidak lama lagi.
Paisan berkata pihak berkuasa Thailand akan meneruskan siasatan mereka
bagi mengenal pasti sindiket dadah yang bertanggungjawab dalam kes
penyeludupan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment