Tuesday, April 19, 2016
Mereka Yang Enggan Terima Kebenaran RM2.6 Bilion Sebenarnya Mahu Lihat UMNO Jatuh
KETEREH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah
Zainudin berkata, jika ada pihak yang masih mempertikai dan enggan
percaya kebenaran berkaitan dana RM2.6 bilion maka ini bermakna orang
tersebut sebenarnya mahu melihat kejatuhan kepimpinan UMNO.
Tegasnya, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir telah mengesahkan
bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib datang daripada negaranya dan
tidak mengharapkan apa-apa balasan.
“Pihak Arab Saudi telah pun membuat pengesahan ini dan jika masih ada
yang tidak percaya maka mereka memang mahu melihat kejatuhan kepimpinan
UMNO.
“Oleh itu saya minta kepada semua ahli UMNO agar dapat mempertahankan
perjuangan ini dan kepada rakyat yang benar-benar tahu dari segi
kepentingan untuk mentaati pemimpin, supaya dapat mentaati pemimpin
seperti yang difirmankan oleh Allah.
“Bila seseorang pemimpin itu dipercayai maka barulah ia dapat
meneruskan agenda untuk membantu bukan hanya orang Melayu tetapi semua
kaum yang ada di negara ini secara adil,” ujarnya kepada media
selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan bahagian Ketereh malam
tadi.
Beliau yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan seterusnya berkata selepas ini seharusnya tidak timbul
lagi persoalan berkaitan RM2.6 bilion.
Dalam ucapan perasmiannya pula, beliau mengumumkan pemberian RM10
ribu kepada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Ketereh, peruntukan
wang zakat sebanyak RM200 ribu kepada mereka yang layak di parlimen
Ketereh, dua buah van jenazah dan kelas tambahan setiap minggu di semua
sekolah di parlimen tersebut yang akan dibiayai oleh kementeriannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment