Monday, April 25, 2016
#PRNSarawak : Pemimpin DAP Cetus Kemarahan Penyokong BN Di Pusat Penamaan Calon
EDITOR MENULIS...
25 APRIL 2016
Kadang-kadang, ada
benarnya juga keputusan kerajaan negeri Sarawak untuk tidak membenarkan
ahli politik dari DAP dan PKR untuk masuk ke bumi Kenyalang.
Lihat sahaja apa yang terjadi di Dewan
Suarah, Kapit yang menjadi pusat penamaan calon untuk N.64 Baleh,
apabila Ong Yew Tai, pemimpin DAP dari Subang Jaya telah menyelinap
masuk ke kawasan larangan, yang waima Datuk Seri Zahid Hamidi juga tidak
dibenarkan berada di kawasan tersebut, kecuali mereka-mereka yang
mempunyai pas SPR.
Mujur sahaja dua orang pencadang untuk
penamaan calon Barisan Nasional, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing
menyedari kehadiran pemimpin DAP itu sebelum meminta Ong beredar dari
kawasan itu. Ong, yang bertindak agresif telah ditahan dan dibawa ke
balai polis untuk tindakan seterusnya.
Kejadian ini telah menyebabkan sebilangan
penyokong Barisan Nasional di luar pusat penamaan calon menjadi berang
kerana perkara seumpama itu tidak pernah berlaku di Kapit pada
pilihanraya-pilihanraya negeri sebelum ini.
Sudah tentu, SPR mempunyai sebab musabab
untuk tidak membenarkan orang awam berada di kawasan larangan tersebut.
Kita pasti, SPR tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku, maka
kawasan-kawasan di pusat penamaan calon diisytihar sebagai kawasan
larangan. Belum pun menguasai Sarawak, DAP telah menunjukkan belangnya
dengan tidak menghormati undang-undang pilihanraya.
Apa yang berlaku adalah bukti kepada
Sarawak, bahawa tindakan mereka untuk tidak membenarkan figura politik
tertentu masuk ke negeri itu adalah langkah yang tepat.
DAP memang sedang mengintai peluang untuk
menang di semua kerusi yang ditandinginya, apatah lagi dalam rundingan
bersama sekutunya, DAP berjaya untuk memilih kerusi-kerusi yang
diidamkan.
Oleh yang demikian, saya tidak
terkejut jika DAP menggunakan segala strategi untuk menang kerusi-kerusi
yang mereka tandingi, at all cost!
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment