Monday, March 02, 2015

Dah Kenapa Pulak Anwar Dengan P Ramlee?


anwar, p ramlee 



2 Mac 2015 : MEMANG kelakar jadinya bila keluarga Anwar, tanpa pakar putar belit strategi parti itu(rata-ata pro Azmin), mengendalikan kempen membebaskan Anwar.  Lepas cerita nak minum teh tarik dengan Agung kelmarin mengisi kekosongan yang ditinggalkan rancangan Maharaja Lawak, sekarang cerita minat Anwar terhadap P Ramlee pulak yang dinaikkan ke atas.

Sepanjang penulis melayan bodoh Anwar, babit P Ramlee ini adalah yang pertama kali,  tapi tak mengejutkan kerana memang biasa untuk orang terdesak mencari sekutu dari nama-nama terkenal untuk mempercepatkan populariti, waima yang dah lama meninggal dunia.

Ya, ini cerita terdesak dan nak cepat dapat perhatian.

Nama P Ramlee ini tak payah kempen apa-apa, semua orang tahu dan inilah pendekatan yang Anwar gunakan nampaknya untuk tarik perhatian rakyat terhadap dia yang kebelakangan ini makin berkurangan.

Pun begitu, kalau dikatakan Anwar mencontohi P Ramlee sekalipun, maka tak hairan kenapa banyak adegan yang jadi babak lakonan dalam filem P Ramlee, turut menjadi babak sebenar dalam karier politik Anwar.

Kerajaan bawah pokok di Perak dulu, tunggang langgang macam filem keluarga 69, antara yang boleh disebutkan.

Begitupun pada pendapat penulis, cara paling pantas untuk Anwar menggunakan populariti P Ramle untuk kepentingan peribadi dan politikya ialah dengan Anwar itu sendiri menggunakan awalan ‘P’ pada pangkal namanya juga – P Anwar.

Cuma, sementara ‘P’ pada P Ramlee merujuk kepada pengarah, penyanyi, pelakon dan sebagainya, P pada Anwar (kalau dia bersetuju menggunakannya) membawa maksud….semua orang tahulah, penulis tak payah jelas benda yang dah terang.

Yang penting, ini adalah satu lagi kenyataan yang wajib digelakkan.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment