Monday, June 01, 2015

Apa Lagi Hisham Mahu?

hisham_resign
EDITOR MENULIS...
1 JUN 2015

Saya berpandangan kata dua Perdana Menteri (seperti yang dihebohkan berlaku dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas) meminta mana-mana Menteri yang tidak bersetuju dengan cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB agar meletakkan jawatan, adalah begitu jelas sekali.

Orang putih kata very straight forward –  satu antara dua sahaja, setuju ikut, tak setuju kalu, itu pintu besar ada, keluar.

Tak nampak langsung ada keperluan tambahan, seperti syarat dan lain-lain sebab isu 1MDB ni bukan perkara baru, dah banyak perbincangan kabinet diadakan termasuk bekas Pengarah Urusan dan Pengarah Urusan semasa syarikat tersebut telah dipanggil beri keterangan.

Dan jangan lupa, menurut maklumatnya, anggota kabinet bukan sahaja diberikan penerangan lisan dari pihak yang berkenaan, malah katanya ada buku untuk memudahkan pemahaman mereka tentang isu ini.

Sehinggalah kepada pembentangan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah Jumaat lepas, sepatutnya semuanya sudah jelas kepada anggota kabinet, tak faham juga, itu yang dimaksudkan Perdana Menteri, berhentilah.

Maka tak hairanlah kenapa dari 10 orang yang saya jumpa bercakap tentang hal ini, 10 yang faham kata dua Perdana Menteri itu bermaksud begitu (setuju kekal, tak setuju keluar), tidak ada apa diantaranya.

Tapi saya jadi hairan, kenapa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussein, disebalik bersetuju dengan kata dua tersebut, meletakkan syarat sebelum ‘bersetuju’ mana-mana anggota kabinet yang berkenaan untuk meletakkan jawatan.

Dah syarat apa pulak dan sejak bila kata dua mesti ada syarat?  Kalau kata dua ada syarat, itu sudah jadi kata tiga, bukan kata dua lagi dah.

3 syarat yang diletakkan Datuk Seri Hisham ialah rasionalisasi 1MDB, akauntabiliti sekiranya ada salah, dan ketelusan

Jangan salah faham, tidak ada apa yang kurang dengan syarat yang diletakkan Datuk Seri Hisham tu, tapi ia memberikan gambaran seolah-olah segala apa yang dilakukan kerajaan dalam menjelaskan perkara berkaitan 1MDB sekarang, tidak ada ketelusan dan akauntabiliti.

Saya tidak pasti kalau Datuk Seri Hisham sedar atau tidak bahawa perkara ini sebenarnya berbeza sekalipun dibawah tajuk yang sama.  Kata dua Perdana Menteri kepada jemaah Menteri, dengan segala tindakan terhadap 1MDB setakat ini (audit, pendengaran PAC dan sebagainya), adalah tidak berkaitan sama sekali.

Isunya bukan 1MDB lagi dah kerana apa yang perlu dibuat sudah dibuat dan sedang berjalan, sedangkan perletakkan jawatan yang dituntut Datuk Seri Najib terhadap anggota kabinet tertentu adalah kerana kenyataan mereka sendiri yang menjejaskan usaha kerajaan untuk meleraikan tanggapan negatif berkaitan 1MDB ini.

Di samping itu, cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB ini sudah jelas menunjukkan ketelusan peringkat tinggi bila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bi partisan, dilibatkan.  Janji Perdana Menteri untuk tidak melindungi sebarang salah laku itu sendiri menunjukkan akauntabiliti peringkat tinggi.

Jadi apa lagi yang Datuk Seri Hisham mahukan?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXda228DJaZRAeapF2KQfZV0L8KDwftd7FwBkbdLrDybc67O2WqCZHkNoR5VrkI0KcpucSCnmskAtdVTQ99yFrmZKoeEJwNQQmEPT9AK7NXnhyq0ou_Dsbi-kPKWlFE-zW_t5oaOQf3OoR/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment