Thursday, June 04, 2015

Gempa Bumi: Lebih 100 Pendaki Terperangkap di Gunung Kinabalu

5 Jun 2015, Kota Kinabalu : 100 orang termasuk pendaki dan pemandu pelancong terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu, berikutan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di Ranau, pagi tadi.

Empat daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan dan pasukan penyelamat kini sedang berusaha membawa turun kesemua mangsa terutama yang mengalami kecederaan.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, berkata dianggarkan antara 105 hingga 109 orang masih terperangkap dan sedang menunggu bantuan.
http://assets.bharian.com.my/images/articles/20150605gempasabah.transformed_0.jpg
Katanya, pasukan keselamatan termasuk helikopter tidak dapat mendarat di situ untuk membawa keluar mangsa.

Difahamkan juga, semua aktiviti pendakian gunung terbabit dihentikan buat sementara waktu.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata, kira-kira 200 pendaki lagi terpaksa membatalkan pendakian ke Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi berkenaan.

“Kami terpaksa membatalkan pendakian berkenaan bagi tujuan keselamatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, aktiviti pendakian dihentikan jam 7.15 sebaik sahaja gegaran dirasakan terutama di puncak Gunung Kinabalu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah giat melakukan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal susulan gempa bumi yang berlaku di sekitar daerah berkenaan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah, Mohd Afendy K Ramin, berkata gegaran terbabit turut berlaku di sekitar daerah Kota.

“Pihak bomba akan terus menjalankan pemantauan serta rondaan bagi memastikan tiada mangsa yang cedera atau terperangkap dan pihak PGO juga telah mengarahkan semua jentera di daerah terbabit keluar melakukan pemantauan,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment