Thursday, June 04, 2015

Muktamar PAS : Risalah Senarai Calon 'Anjing DAP' Tersebar....Jangan Tuduh UMNO Yang Lakukan Yer?

3 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kempen pemilihan Jawatankuasa Tertinggi pada Muktamar PAS ke-61 semakin tegang apabila beberapa risalah kempen yang berbentuk provokasi mula diedarkan.

Risalah tersebut menyenaraikan calon didakwa 'Kenali Anjing-Anjing PASMA' sebagai desakan agar para perwakilan tidak mengundi pemimpin-pemimpin tersebut.


Selain itu, risalah ini turut menggelar pemimpin-pemimpin ini sebagai, 'Anjing DAP', 'Bapak Segala Anjing' dan sebagainya.


Risalah itu telah didedahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zaharuddin Mohamad menerusi laman facebook beliau.


Zaharuddin menyifatkan kempen itu sebagai perang psychology yang dilakukan pihak tertentu bagi memperlihatkan kempen kotor dari kumpulan pro ulama dalam PAS.


"Saraf reverse psychology. Dihantar ke rumah perwakilan melalui pos. Motif jelas, Nak memperlihatkan group pro ulama ni jahat sehingga sanggup kata anjing kepada orang lain.

"Dan hantar 21 nama supaya undi pro ulama pecah.


"Saya yakin ini bukan budaya PAS tetapi ia bidaya serapan daripada musuh luaran. Apa saya boleh sebut ialah : اللهم اهزمهم كما هزمت السامري." katanya.


Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut mengulas berhubung risalah itu yang dianggap 'Agen Musuh Dalam Gerakan PAS'.


"Apabila Mujahidin Afghanistan berada diambang kuasa, peranan ejen musuh yang menyelinap masuk memecahkan perpaduan mereka. Muncung senjata dihalakan sesama sendiri.


"Seluruh Gerakan Islam Dunia menangisi tragedi malang ini. Demikian juga episod yang sama berlaku di Indonesia. Bukan sedikit peranan Gerakan Islam menerokai perjuangan kemerdekaan. Ejen musuh mencatur segalanya.


"Mungkin ada benarnya sejarawan bermadah, Kita yang menanam orang lain yang menuai.

 
"Siapakah mereka? Mungkin mereka ada di antara kita," ujarnya menerusi blog 'Muktamar PAS ke-61 - PAS For All'.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment