Friday, June 05, 2015

Pakatan Pembangkang Tidak Ubah Seperti Pakatan “Keluarga 69″

5 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kemenangan besar Datuk Seri Hadi Awang bersama dengan kelompok-kelompoknya dalam pemilihan parti itu semalam akan terus menjadikan pakatan pembangkang tidak ubah seperti “Pakatan Keluarga 69″.

Demikian ujar Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan mengulas situasi terkini pakatan pembangkang terutama antara Pas dan Dap yang masing-masing telah memutuskan hubungan sesama mereka tetapi masih kekal dalam pakatan.
keluarga-69-filem-p-ramlee-melayu
“Pas sebenarnya takut… takut hilang kuasa sebab itu tidak berani untuk meninggalkan pakatan pembangkang. Walaupun telah puas ‘dilanyak’, dikejam dan maruah diinjak-injak tapi Pas tetap mahu bersama pakatan pembangkang.

“Apalah maknanya putus bersama Dap tetapi kekal dalam pakatan pembangkang kerana Dap masih dalam pakatan tersebut malah menguasainya.

“Sekiranya masih bersama pakatan maka mahu tidak mahu Pas akan tetap bekerjasama dengan Dap. Jadi di mana putusnya,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, Pas seharusnya berani dan yakin sekiranya mahu terus berada di landasan yang betul dalam memperjuangkan agama Islam.

Sekiranya mahu batalkan hubungan dengan Dap jelas beliau lagi maka Pas juga harus keluar daripada pakatan pembangkang.

“Adakah keengganan keluar daripada pakatan berkait dengan takut hilang kuasa? Jika kuasa menjadi tunjang perjuangan Pas maka tidak ada maknanya mereka batalkan hubungan dengan Dap.

“Keputusan Pas ini benar-benar memperlihatkan bahawa parti ini tidak mempunyai pendirian. Nak batalkan kerjasama tapi masih mahu bersama pakatan pembangkang… pelik. Dalam hati benci tapi masih mahu bersama,” katanya.

Lebih menjadi tunggang langgang lagi tambah beliau Dap pula telah umumkan mereka tidak mahu lagi mempunyai hubungan dengan Hadi Awang tetapi mahu kekal bekerjasama dengan Pas.

“Jelas sekarang Hadi Awang mendapat mandat besar untuk terus menerajui Pas. Bukankah ini seperti pakatan tunggang langgang umpama keluarga 69.

“Adalah tidak logik untuk Dap buang Hadi yang juga Presiden Pas tetapi masih mahu bekerjasama dengan Pas.  Ini betul-betul lucu macam filem P.Ramlee Keluarga 69″, ujarnya.

Sebelum ini Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar supaya parti itu memutuskan kerjasama politik dengan Dap. Walaubagaimananpun, Pas masih kekal dalam pakatan pembangkang.

Desakan ini dibuat berikutan Dap didakwa mencampuri urus tadbir Pas termasuklah dalam pemilihan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan bahawa Pas akan tetap berada dalam pakatan pembangkang selagi tidak bercanggah dengan panduan Al-Quran dan sunnah.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment