Thursday, June 04, 2015

PAS Tak Pernah Salahkan Diri Sendiri....Inilah Tokong Namanya...Angkuh

4 Jun 2015, Kuala Lumpur : DAP menegur anggota PAS yang menuduhnya mencampuri urusan pemilihan parti itu dan mencabar mereka mengemukakan bukti mengenainya.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang enggan mengulas tentang muktamar PAS yang sedang berlangsung, juga menuduh pengkritik partinya sebagai bersikap hipokrit kerana membuat tuduhan tanpa bukti.


"Jangan memfitnah kami, datang daripada PAS pula tu, sedangkan mereka selalu berkata memfitnah adalah satu dosa besar, jadi tunjukkan kepada kami buktinya jika mereka terus berkata demikian (DAP mencampuri urusan pemilihan parti mereka).


"Mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri... kalau mereka kata kami campur tangan, maka tunjukkan buktinya," katanya pada sidang akhbar Rabu.


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad pada awal hari Rabu menuduh DAP mencampuri urusan pemilihan parti itu dan mengumumkan PAS akan menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat selepas muktamar itu.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment