Friday, June 05, 2015
PM Boleh Buat Penerangan Kepada Golongan Sasar: Shahrir
5 Jun 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh
memberi penerangan berkaitan isu semasa termasuk 1MDB kepada golongan
bersasar dan diadakan di tempat tertutup bagi mengelak insiden kekecohan
di program #Nothingtohide berulang.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri
Shahrir Abdul Samad berkata, tidak mustahil ada pihak akan terus
menganggu majlis seumpama itu.
Mengulas kekecohan program di PWTC itu, Shahrir memberitahu,
sepatutnya penonton yang hadir berdisiplin dan tidak menimbulkan
kekecohan apatah lagi datang secara beramai-ramai.
“Macam mana Perdana Menteri nak jumpa orang ramai untuk beri
penjelasan jika kekecohan seperti ini. Mungkin selepas ini, beliau kena
buat secara tertutup dengan memanggil kumpulan tertentu atau bersasar,”
katanya kepada BNBBC.MY.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu berkata, polis bertindak
betul mengarahkan program itu diberhentikan kerana khuatir keselamatan
orang kenamaan dan orang awam yang hadir.
Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya
menjelaskan, pihaknya dimaklumkan pengajur bahawa Program ‘Dialog PM
bersama NGO’ yang berlangsung jam 10 pagi di PWTC ditangguhkan atas
arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ini disebabkan pertimbangan isu keselamatan di lokasi serta nasihat Ketua Polis Negara.
Terdahulu, suasana di PWTC kecoh kira-kira jam 9 pagi sebaik sahaja
orang ramai yang hadir mendapat tahu polis mengarahkan majlis tersebut
dibatalkan manakala Perdana Menteri tidak hadir.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pula mengambil peluang untuk
berucap menyebabkan keadaan semakin kecoh dan berlaku tolak menolak
sebelum polis meminta beliau meninggalkan majlis.
Dipetik daripada sumber : BNBBC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment