Wednesday, December 02, 2015

DAP Takut Impak Pembangunan 11 DUN Baharu Sarawak

Pertambahan kerusi DUN di Sarawak dijangka memberi impak kepada perkembangan kemajuan fizikal iaitu menggalakkan proses urbanisasi di kawasan luar bandar kerana 10 daripada 11 kerusi yang ditambah adalah bagi kawasanluar bandar.

Ini kerana pertambahan kerusi itu akan menghasilkan peruntukan pembangunan yang lebih fokus di sesuatu kawasan luar bandar yang sebelum ini terpaksa dikongsi dengan DUN sedia ada dalam satu parlimen.

Kawasan baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu

Seperti sedia maklum, pertambahan kerusi itu membolehkan seorang wakil rakyat dipilih untuk memberi perkhidmatan hal-hal berkaitan pembangunan dan kebajikan penduduk di kawasan berkenaan.

Sudah tentu, kawasan yang selama ini mengalami perkembangan kemajuan infrastruktur yang perlahan akan lebih cepat berkembang dengan pembinaan perumahan baru, pekan, rebakan kawasan bandar dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, sekolah, balairaya dan sebagainya akan lebih rancak seiring dengan pertambahan penduduk di kawasan tersebut.

Malangnya, pembangkang terutama DAP melihat pertambahan kawasan DUN ini memberi ancaman serta boleh ganggu gugat penguasaan parti itu di tempat yang etnik Cina adalah pengundi majoriti.

Keputusan keseluruhannya pada pilihanraya negeri pada 2011, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). DAP berjaya menambah enam kerusi daripada sebelumnya.

Justeru itu, ahli parlimen Setampin Julian Tan amat berang ketika laporan persempadanan bahagian pilihan raya Negeri Sarawak dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada Selasa kerana khuatir ianya akan memberi impak kepada kedudukan politik beliau dan DAP.

Berdasarkan usul persempadan semula, Stampin menerima DUN Batu Kitang sebagai kawasan baharu menggantikan DUN Batu Lintang yang dipindah masuk ke parlimen Bandar Kuching (bandar).

Beliau menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai sasaran kritikan malah mencabar suruhanjaya itu supaya bertukar sebagai parti politik yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Malah dakwanya, persempadanan semula itu hanya helah BN unttuk mengekalkan kuasa di negeri itu.

Sudah tentu DAP tidak akan melihat kebaikan pertambahan kawasan DUN ini yang turut memberi peluang kepada etnik lain menjadi wakil rakyat atau menerima impak pembangunan hasil kewujudan DUN baharu.

Perlu diketahui Sarawak ada lebih 40 etnik yang berhak menuntut hak masing-masing sama seperti kaum Melayu, Cina dan India berbuat demikian di Semenanjung.

Barangkali jika sebilangan besar pertambahan kerusi DUN tertumpu di kawasan Bandar, DAP tentu bertepuk tangan kerana mereka pasti berusaha memenangi kawasan tersebut.

DAP tentu lebih berminat menjadi wakil rakyat di kawasan bandar kerana mereka tidak perlu bersusah payah memikirkan soal kemudahan asas untuk rakyat.

Ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melaksanakan kerja-kerja menyediakan kemudahan asas yang tentu memudahkan wakil rakyat DAP ‘lepas tangan’ dengan aduan rakyat sebaliknya mereka boleh terus berkempen untuk parti dan memburukkan kerajaan.

Sebab itu, persempadan semula kawasan-kawasan pilihraya di negeri Sarawak perlu dilihat dengan lebih menyeluruh termasuk impak untuk rakyat.

Lagi pun secara keseluruhanya jumlah pemilih di Sarawak meningkat daripada 1,089,191 pemilih pada PRU-13 kepada 1,109,134 pemilih pada kali ini.

Keperluan mewujudan kawasan DUN baru ini amat bersesuai dengan pertambahan pemilih di Sarawak sebanyak 19,943 pemilih, manakala pada PRN 2011 pula, jumlah pemilih yang berdaftar adalah 979,796 pemilih.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Parlimen akan meluluskan usul persempadanan semula yang hanya membabitkan DUN kerana sebelum ini, ia dilakukan serentak ketika proses persempanan semula kawasan pilihanraya Parlimen.

Ia juga satu sejarah apabila perkara ini dirujuk ke mahkamah oleh pihak pihak tertentu yang cuba mengagalkan cadangan SPR bagi persempadanan semula termasuk Adun DAP Batu Lintang See Chee How.

Sebenarnya, persempadanan semula bukan untuk menguntungkan pemerintah sebaliknya memenuhi kehendak rakyat untuk mendapat khidmat lebih baik melalui keseimbangan kawasan pilihanraya serta selain factor geologi dan keluasan Sarawak yang menjangka 124, 449 kilometer persegi .

Justeru itu, peningkatan kerusi DUN Sarawak kepada 82 daripada 71 DUN juga bermakna menggalakkan rakyat Sarawak lebih aktif dalam politik serta sedar akan hak mereka untuk bersuara melalui kuasa undi yang diberikan setiap lima tahun sekali. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment