Wednesday, December 02, 2015
Jika PAS Diresapi Pemikiran ISIS, Amanah Pula Diresapi Apa?
Mat Sabu sekali lagi melancarkan serangan ke atas PAS, apabila mendakwa parti itu telah diresapi pemikiran pengganas IS.
“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis
Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,”
kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk
kepada pemikiran ISIS dalam PAS.
Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang
berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan”
halal darahnya untuk dibunuh.
Anehnya, tuduhan ini lahir dari bekas orang nombor 2 di dalam PAS, yang
terkenal dengan maki hamun pada setiap malam ceramah, dan sangat
konsisten dalam siri pengkafiran berskala besar ke atas ahli-ahli UMNO.
Pernahkah kita mendengar Mat Sabu menolak amalan pengkafiran yang dibuat
oleh PAS sewaktu beliau bersama parti tersebut selama puluhan tahun
sehingga menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS?
Bukanlah sesuatu yang asing bagi kita, bahawa Mat Sabu juga sering dikaitkan dengan golongan radikal Islam sewaktu bersama PAS.
Anehnya, modus operandi standard dalam mencipta persepsi ke atas
mana-mana pertubuhan Islam apabila mengaitkannya dengan ISIS oleh media
barat dan musuh-musuh Islam kini digunapakai pula oleh Mat Sabu. Agak
tepat juga bila Mat Sabu guna strategi yang sama ke atas PAS, sebuah
parti yang mendakwa perjuangkan Islam.
Tentunya ini membawa khabar gembira kepada DAP, kerana Amanah kini sudah
menjadi senjata ampuh bagi mengucarkacirkan PAS. DAP sedar, mereka
masih gagal untuk menjadi jurucakap yang kredibel apabila melibatkan hal
ehwal Islam. Kini, mereka sudah ada teman pengganti.
Mat Sabu berkata, bahawa resapan pemikiran ISIS inilah menjadi antara
punca tertubuhnya Amanah. Cuma, ingin penulis bertanya, jika dia dan pro
Anwarinas masing-masing menang tempoh hari sewaktu Muktamar PAS yang
lalu, apakah Amanah akan ditubuhkan juga?
Hakikatnya, kita semua setuju bahawa ISIS bukanlah mewakili atau
cerminan terhadap Islam yang sebenar. Dan kerajaan di bawah pimpinan
Perdana Menteri Najib Razak sedang memainkan peranan penting dalam usaha
untuk menyekat sebaran fahaman dan juga penyertaan rakyat Malaysia ke
dalam kumpulan ISIS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment