Wednesday, December 02, 2015
Kevin Morais: Orang Mabuk Sahaja Boleh Cadangkan Pasukan Penyiasat Ke US
Cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
supaya Polis menghantar pasukan penyiasat ke Amerika Syarikat untuk
mengkaji kandungan pen drive itu yang didakwa oleh Charle Morais adalah
tidak masuk akal dan seumpama orang mabuk sahaja.
Sepatutnya sebagai bekas Menteri dan bekas pengamal undang-undang, Zaid
Ibrahim menasihati Charles membuat laporan polis dan menyerahkan salinan
kandungan “pen drive” kepada pihak berkuasa bagi tujuan penyiasatan.
Mengapa perlu menghantar pasukan penyiasat ke US sedangkan kandungan
tersebut boleh sahaja diemel kepada pihak Polis jika Charles tidak mahu
menyerahkan secara bersemuka.
Rabu lalu, Charles mendedahkan akuan bersumpah kepada media yang mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya.
Beliau juga mendakwa memiliki sebuah pen drive yang memperincikan kes
yang dikendalikan oleh Kevin, seorang timbalan pendakwa raya kanan. Ahli
perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendakwa Kevin juga
memberitahunya beliau mengendalikan kes-kes yang melibatkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Jika ini benar mengapa Charles tidak mendedahkan kandungan pen drive
tersebut. Sebaliknya, selepas membuat akuan bersumpah beliau melarikan
diri dari memberi kenyataan kepada Polis.
Bukankah ini menunjukkan tindakan beliau bermotif politik dan mungkin
telah dibayar oleh orang-orang tertentu untuk menghuru-harakan negara
ini?
Bagaimanapun seorang lagi abang Kevin Morais mendakwa kenyataan Charles tersebut tidak masuk akal.
“Tidakkah pelik jika Kevin menghantar maklumat penting itu kepadanya
(Charles Suresh) sedangkan namanya tidak tersenarai dalam wasiat Kevin
malah, dia juga tidak membayar satu sen pun kos pengebumian mendiang
sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh saya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment