Wednesday, December 02, 2015
KLIA2 Kecoh Gara-Gara Juruterbang Selesema KLIA2 Kecoh Gara-Gara Juruterbang Selesema
PETALING JAYA : Beratus-ratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada Selasa selepas ramai
juruterbang AirAsia dilaporkan sakit.
Beberapa penerbangan dibatalkan malah ada yang ditangguhkan hingga memaksa penumpang bermalam di lapangan terbang.
Walaupun kebanyakan penerbangan yang terjejas adalah bagi perjalanan
tempatan, penerbangan antarabangsa yang turut dilaporkan dibatalkan
adalah untuk ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes
berkata sekurang-kurangnya 12 juruterbang menghidap selesema.
Jadual penerbangan menjadi kecoh selepas penerbangan terpaksa dijadualkan semula.
Beberapa penumpang diberitahu bahawa penerbangan mereka dipindahkan ke penerbangan lain tetapi kemudiannya dibatalkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment