Monday, April 18, 2016
1MDB Buat Bayaran Balik Awal Hutang RM2 Bilion
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah
membuat bayaran balik dengan penuh dan lebih awal kemudahan RM2 bilion
daripada Marstan Investments NV.
Kemudahan ini dimeterai pada Februari 2015 dan hasilnya digunakan
untuk membuat bayaran balik hutang RM2 bilion kepada satu sindiket bank
tempatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Kemudahan itu diatur untuk 1MDB oleh Tanjong, sebagai pilihan kepada
komitmen Tanjong untuk melabur ekuiti RM2 bilion dalam anak syarikat
1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd,” katanya.
Menurutnya, pembayaran balik itu menandakan peristiwa penting dalam
pelan rasionalisasi 1MDB dan mengurangkan lagi obligasi hutang jangka
pendek 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment