Monday, April 25, 2016
Ambil Perhatian...... Ini Jadi Jika Makan 'Berat' Sejam Sebelum Tidur
Buat mereka yang tidak terikat dengan 24 jam, makan tepat pada waktunya bukanlah menjadi masalah besar.
Yang menjadi masalah untuk mereka yang hidunya sibuk dengan kerja
sehingga tidak ingat waktu makan. Paling teruk, ada yang makan selepas
balik dari kerja lewat malam.
Selepas makan, berehat kemudian terus tidur. Makan berat pula tu, bukannya makan benda yang ringan.
Mengikut kajian, anda digalakkan makan malam awal iaitu tiga atau empat
jam sebelum tidur untuk mengelakkan perut buncit. Tetapi, masalahnya
bila anda lewat makan (satu jam sebelum tidur) ia bukan sahaja boleh
membuatkan perut jadi buncit.
Malah, ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti sukar untuk tidur.
Dr Janet Kannedy, Pakar Kesihatan berkaitan permasalahan tidur
menjelaskan, menikmati makanan berat satu jam sebelum tidur (terutamanya
makanan pedas) bakal memacu penggerakan asid dalam tubuh.
"Tubuh anda akan cuba mencerna makanan dengan kadar metabolisme yang
aktif pada waktu malam dan ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur,"
jelasnya.
Oleh itu, nasihat beliau sekiranya anda terlewat untuk amkan malam
akibat sibuk dengan kerja, pilihlah makanan dalam nisbah yang kecil dan
dengan mudah dapat dicerna oleh tubuh.
Jika tidak, disebabkan sudah kerap sangat tak boleh tidur nanti masalah kesihatan lain pula akan timbul.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment