Monday, April 25, 2016

Isu MB Terengganu : PM Akan Menghadap Sultan Untuk Mendapat Gambaran Sebenar

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman masih bertugas seperti biasa dan kerajaan negeri juga masih berfungsi dicelah spekulasi mengenai isu darjah kebesaran beliau ditarik balik oleh Istana.

Mungkin dalam sedikit masa lagi dapat diketahui kedudukan sebenar isu berkenaan yang berlegar hangat sejak Sabtu.

Bercakap dalam sidang akhbar di Lundu,Sarawak pagi Isnin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberutahu beliau menghadap segera Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu itu.

Serentak dengan itu beliau meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Saya akan menghadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di sana. Kita minta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian berhubung apa yang berlaku.

"Menteri Besar Terengganu masih melaksanakan tugas beliau seperti biasa, malah Kerajaan Terengganu tetap berfungsi seperti biasa," katanya.

Perdana Menteri kata beliau akan buat kenyataan rasmi selepas pertemuan berkenaan.

Isu berkaitan Ahmad Razif timbul bila dikatakan darjah kebesaran beliau ditarik balik kerana Sultan Terengganu murka kerana sesuatu isu yang berlaku semasa satu majlis baru-baru ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment