"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam, Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.
Menurut Azmin, petaka yang sedang dihadapi rakyat akibat salah urus pentadbiran Najib tidak mampu lagi untuk ditanggung rakyat.
"Saya, Parti Keadilan Rakyat, Tun Mahathir dan kita semua mungkin masih boleh menerima kalau Najib terus berkuasa sehingga berlaku pilihan raya, tapi rakyat tidak sanggup lagi menanggung," kata beliau diiringi tepukan gemuruh hadirin di majlis itu.
Perhimpunan kongres rakyat menurut beliau amat bersejarah kerana buat pertama kali pihak-pihak yang saling bertentangan dalam politik dapat duduk bersama.
"Saya sendiri tidak pernah terfikir detik bersejarah seperti ini akan berlaku," katanya.
Sebelum ini Abdul Hadi sering menegaskan bahawa PAS akan melaksanakan politik matang iaitu mahukan pemimpin dijatuhkan semasa pilihan raya.
Gerakan Tidak Mendapat Sambutan
Yang diharap dan diimpikan terus tidak menjelma. Yang diharap berjuta akan hadir namun berpuluh yang hadir. Yang diimpikan majoriti rakyat menyokong usaha mereka namun hanya minoriti pembangkang yang sokong. Kenapalah rakyat tak mahu menyokong .....?
Nampaknya usaha terbaru ini juga GAGAL. Rakyat sudah mula terasa diperbodoh2kan. Rakyat sudah mula faham siapa yang berkepentingan diri dan siapa yang membela rakyat.
Rakyat sudah pandai menilai pemimpin sebenar dan pejuang sebenar. Lebih 22 tahun Tun M mempertahankan Melayu dari serangan pembangkang namun akhirnya tunduk melutut kepada pembangkang untuk mengkhianati rakyat. Ramai yang berpaling tadah kerana menyedari pengkhianatan ini.
Antara yang berpaling tadah menyokong kepimpinan DS Najib dengan menandatangani Deklarasi Kelantan ialah Ku Li. Ku Li sedar rakyat tidak menyokong tindakan Tun M dan konco-konconya.
Apa lagi yang akan Tun M lakukan selepas ini? Sudah berapa banyak usaha dilakukannya untuk mengkhianati DS Najib dalam usaha menumbangkannya dari jawatan Perdana Menteri (PM) supaya anaknya dipilih menjadi PM bagi memenuhi impian tersembunyinya?
Namun usaha tetap gagal ..... Mungkin Allah tidak meredhainya.
No comments:
Post a Comment