Monday, April 25, 2016

Bila Khairuddin Sokong Anwar Dibebaskan Dari Penjara….

EDITOR MENULIS...
25 APRIL 2016
khainazri
Saya terbahak-bahak ketawa melihat keletah sikap seorang ‘orang kanan’ bekas Perdana Menteri yang sememangnya sering menjadi ‘bahan ketawa’ ramai pihak. Terdesak sungguh dia hingga sanggup menyokong pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh!

Datuk Khairuddin Abu Hassan memang ‘terkenal’ sejak kebelakangan ini. Namun sekiranya diimbas kembali siapakah Khairuddin, maka ramai yang akan mencebik bibir dan akan ketawa dengan kenyataannya yang ‘membela’ Anwar.

Saya yakin, Chegu Bard adalah antara mereka yang paling kenal dengan apa yang pernah dilakukan Khairuddin terhadap ‘dewa’ PKR yang kini sedang ‘bercuti panjang’ di penjara Sungai Buloh itu. Boleh dikatakan hampir semua ‘otai’ reformasi PKR kenal ‘orang kanan’ Mahathir itu.

Masih ingat buku ’50 dalil’ yang memberitahu umum tentang ‘mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri’, karangan Khalid Jafri dulu? Budak seperti Syed Saddiq mungkin tidak kenal buku itu. Tapi saya yakin, Chegu Bard dan Ezam Mohd Noor ingat buku tersebut.

Apa agaknya kaitan buku tersebut dengan Khairuddin? Apakah peranan Khairuddin dalam penghasilan buku tersebut? Siapakah yang bersungguh-sungguh berusaha agar buku itu terhasil dulu? Apa kena mengena dengan Khairuddin?

Jika bertanya pada Chegu Bard, mungkin ada yang tidak percaya padanya. Namun jika rajin dan berkesempatan, turunlah ke Batu Kawan, Pulau Pinang. Tanya sendiri ‘otai-otai UMNO’ di sana tentang persoalan-persoalan yang saya katakan itu.

Saya enggan beritahu semua perkara di dalam artikel ini. Cukuplah saya beritahu tentang Khairuddin yang dikatakan menjadi ‘tulang belakang’ kepada kewujudan buku tersebut yang mendedahkan banyak ‘rahsia gelap’ Anwar dulu.

Dan kini Khairuddin berbicara tentang sokongan padu membebaskan Anwar dari penjara atas jenayah liwat yang disahkan mahkamah berlaku terhadap seorang lagi mangsa? Lawak jenaka jenis apakah ini?

Jika terdesak sangat sekalipun, janganlah hingga menjilat kahak hijau pekat yang pernah dikahakkan dulu. Malulah pada isteri yang cantik jelita itu. Janganlah malukan diri sendiri hingga ke tahap sebegitu hina sekali. Malulah sikit…

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment